Menurut Dayang, Kek Lapis Cadbury dan Kek Lapis India adalah kek yang sama. Kek ini juga merupakan kek yang cukup popular di Bumi Kenyalang.
Rasanya yang lemak manis di tambah kepingan coklat Cadbury di dalam yang bila tergigit wallaaa... shahdunya... Seshahdu alunan lagu.. Gema takbir Di Aidil Fitri..
Cara membuatnya pun tidaklah serumit mana. Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup simple dan mudah didapati. Boleh dikatakan ini adalah basic kek lapis kepada mereka yang baru berjinak-jinak nak melapis kek macam ita ni..
Apa yang diperlukan sedikit kesabaran didalam membuat kek lapis. Ketekunan yang tinggi dan juga ketelitian ketika melapis. Jika sukatannya tepat untuk setiap lapisan, bakal mendapat lapisan kek yang sekata dan menarik. Ita???? masih banyak lagi yang ita perlu berlajar untuk melapis kek ni..
Perlu diingat, kek lapis tidak boleh disapukan butter di sekeliling loyang. Ini kerana bila kek dikeluarkan dari oven untuk meletakkan lapisan seterusnya , ia akan mengecut. Proses ini akan menyebabkan lapisan tidak kemas, beralun dan senget benget.
Jangan bimbang, kek akan terenggang sedikit dari loyang bila sudah sejuk dan mudah sahaja untuk mengeluarkan kek dari loyang.
Lagi satu yang perlu diberikan perhatian, jangan lupa untuk menekan setiap lapisan yang telah dibakar dengan perlahan. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan segala gelembung udara yang terperangkap di dalam kek semasa proses pembakaran.
Macam mana?? dah bersedia untuk melapis.. ??
Bahan-bahan: loyang 9" x 9"
450g mentega berkualiti tinggi
120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
220g gula halus
10 biji telur
100g tepung biskut marie
65g serbuk horlicks
50g serbuk santan (1 peket)
300g susu pekat manis
2 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning - optional
120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
220g gula halus
10 biji telur
100g tepung biskut marie
65g serbuk horlicks
50g serbuk santan (1 peket)
300g susu pekat manis
2 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning - optional
Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill ~ mengikut kepanasan oven masing-masing
Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit.
Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit.
Putar lagi hingga sebati.
Masukkan pewarna kuning jika suka.
Kacau lagi sebati.
Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven
Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah.
Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja
Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung udara.
Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
Sejukkan kek sebelum dipotong.
Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota:
- Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
- Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
- Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
- Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS.
- Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
- Cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
- Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
- Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, setiap lapisan di sukat dengan tepat.
- Jangan sapu butter pada sekeliling loyang hanya sapu butter pada dasar loyang sahaja dan lapis dengan kertas kek pada dasarnya ~ proses ini untuk dapatkan hasil lapisan yang rata dan tidak beralun.
- Jangan lupa untuk menekan dengan perlahan permukaan kek, selepas setiap lapisan di bakar ini bertujuan untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap di dalam kek.
- Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, sejukkan dahulu kek di dalam peti ais. Kemudian potong dengan pisau yang tajam
- Cara menyimpan kek, balut kek dengan plastik atau dengan aluminium foil dan simpan di dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti ais.
Terima kasih Dayang atas resepinya. Ita minta izin untuk copy di sini pula ye.. ^_^