Masih ada yang tak pasti cara mencairkan gelatin?
Kepada yang masih samar-samar dan masih kabur-kabur cara dan kaedah mencairkan gelatin, jom kita belajar sama-sama..
Mula-mula kita kena pastikan gelatin yang kita gunakan halal.
Macam mana nak tau gelatin tu halal?
Kalau kita pergi beli gelatin, tolong dapatkan kepastian dari tuan empunya kedai tentang sijil halal yang telah diberikan oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Bila dah pasti, barulah beli..
Kalau sukar juga, apa yang pasti gelatin halal hanya didatangkan dalam bentuk serbuk seperti gula pasir atau gula perang tapi, lagi jernih sedikit warnanya dari gula perang dan lebih kuning sedikit dari gula pasir. Ia juga sedikit halus dari gula pasir tapi lebih kasar dari gula kastor.
Boleh bayangkan?
Jika gelatin tu didatangkan dalam kepingan.. oppsss! minta maaf ya kerana ianya tidak halal digunakan.
Ok dah dapatkan gelatin masing-masing, apa tunggu lagi kita mulakan proses mencairkan gelatin..
Letakkan air dalam sebuah mangkuk yang kecil
Air biasa aje ya.. air paip pun boleh
Taburkan gelatin perlahan-lahan di atas air tadi
Biarkan gelatin kembang anggaran masa dalam 10 minit
Pastikan kembang semuanya
Beginilah rupanya gelatin yang telah kembang. Sedikit berbiji-biji dan teksturnya sedikit macam jelly. Yang ni tak boleh digunakan terus ya.. Kita kena cairkannya lagi dengan kaedah kukusan pula. Macam mana?
Jom kita belajar
Inilah kaedah kukusan yang ita maksudkan.
Letakkan gelatin yang telah kembang dalam bekas
Ambil pula periuk yang sedikit besar daripada bekas gelatin dan letakkan air sedikit aje.
Kemudian panaskan hingga air mendidih.
Letakkan bekas gelatin atas periuk air mendidih tadi dan kacau hingga gelatin mencair.
Beginilah rupanya gelatin yang telah dicairkan secara kukusan.
Biarkan ia suam dan bolehlah kita campurkan dalam krim putar untuk dijadikan mousse atau dijadikan Panacotta
Gelatin ni fungsinya untuk mengukuhkan ikatan supaya adunan tidak lembik.
Tapi ianya tidak boleh digantikan dengan agar-agar ya kerana tekstur dan fungsinya tidak sama.
Oleh kerana itu ita sangat-sangat mengalakkan kita membuat sendiri kek. Walaupun tidak cantik dimata tapi ianya halal untuk kita dan keluarga.