Selasa, 04 September 2012

AIS KRIM CENDOL GULA MELAKA


Hangat.. hangat.. hangat..
Sejuk... segar.. nyaman....
Wallaaa... sedapkan kalau dapat menikmati aiskrim time cuaca hangat membara di JB ni..

 

Dulu selalu terfikir, macam manalah nak buat aiskrim. Biasa ita guna susu pekat manis aje untuk jadikan ia lembut dan creamy.
Kali ni ita tertarik dengan resepi yang Kak Fida kongsikan di My Resepi.
Nampak mudah aje cara membuatnya.. kenapa pula tak nak cuba!

Ita buat setengah daripada adunan. Ialah takut pulak jika tak menjadi...
Tapi alhamdulillah sedap sangat dan menepati selera kami sekeluarga..
Terima kasih Kak Fida ^_^

Kami sekeluarga sukakan rasa cendol gula Melaka. Oleh itu ita ubah suai sikit resepi bagi memenuhi selera kami. Rasanya kalau nak letak perasa lain pun amat sesuai..
Nanti ita nak cuba lagi dengan perasa yang lain pula..


AIS KRIM CENDOL GULA MELAKA
Olahan daripada resepi : AIS KRIM SANTAN
By : Kak Fida

2 Cawan santan
1/2 cawan susu cair
1 cawan gula icing
3 sudu besar susu tepung
1/2 cawan air
3 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan Cendol
1 buku gula melaka
2 helai daun pandan disimpul


Panaskan santan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
Setelah mendidih sejukkan.
Dalam periuk lain satukan tepung ubi dan 1/2 cawan air.
Masak atas api sederhana sehingga menjadi kanji. Biarkan sejuk.
Pukul susu cair dan gula icing hingga gula melarut.
Masukkan santan dan kanji berselang seli.
Terus memukul hingga sebati..
Tambahkan susu tepung dan terus pukul hingga rata.
Simpan dalam peti ais hingga separuh beku.
Keluarkan dan pukul semula hingga lembut.

Kacau rata dan simpan semula kedalam peti ais hingga beku.
Masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga pekat.
Biar sejuk.
Sedia dihidangkan ais krim bersama cendol dan sirap gula Melaka.



Untuk aiskrim ni pula semasa diputar selepas di sejukkan, masukkan sedikit sirap gula Melaka yang kita dah cairkan dan sejukkan tadi. Gaul rata.
Masukkan sedikit cendol dalam bekas aiskrim.
Kemudian tuangkan ais krim.
Biarkan ia sejuk dan mengeras.
Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.. Yummyyy!!





Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : AIS KRIM CENDOL GULA MELAKA