Kamis, 12 Juli 2012

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES


Assalamualaikum..
Selamat malam, dah nak tidur ke?
Jangan lah tidur lagi, jomlah kita makan brownies dulu.. sambil lepak-lepak depan TV.
Wo wo wo sedap wooo.. brownies ni.. rugi kalau tak jamah, nanti  mesti tidur tak lena.. termimpi-mimpi.. brownies


Serius cakap.. brownies ni memang sedap sangat!!
Rasa coklat dia.. sangat mewah, fuh! terasa melekat di anak tekak ni..
Seakan ia menari-nari dan berjoget-joget dalam mulut ni.. 
Sepotong-sepotong kepingan brownies ni di ngap! alamak.. macam tak mau berhenti menikmati rasa coklat yang lazat dan kerangupan permukaan brownies yang chewy.. aduh..!! lazat tak terkata..


Pada pengemar-pengemar coklat pasti anda tidak sanggup melihat ita menghabiskan ianya berseorangan kan???
Jadi apa tunggu lagi..


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Rujukan : Yatie

Ingredients

(A)
- to be melted
  • 250 grams butter - cut into cubes
  • 400 grams chocolate - cut into cubes or grate them
(B)
  • 5 large (i used A sized) eggs
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • 1 tablespoon chocolate emulco
  • 290 grams brown sugar
(C) - to be sifted together
  • 90 grams all-purpose flour (i used Hong Kong Flour)
  • 50 grams cocoa powder
  • 100 grams nuts (it's optional. toast them first and mix them with flour and cocoa powder)
Instructions
  1. Preheat the oven to 160C. prepare a 9x12 inch baking tin with parchment or paper. set aside.
  2. Double boil the butter and cooking chocolate. or u may also place them in microwave for 30 seconds. after that, take it out from microwave and stir until they are completely melted. set aside, let it cool
  3. In another bowl, beat the eggs, vanilla essence, chocolate emulco and brown sugar using whisk. whisk them together until sugar is ressolved.
  4. Combine the (A) ingredients and (B). stir them well. quickly proceed to step no. 5 as this mixture easily get harden that will cause you a little bit difficult to fold in the flour.
  5. Gradually add the (C) ingredients into the (A) and (B) mixture. this time, use your wooden or plastic spatula to fold in the flour. avoid overmixing the ingredients in this step.
  6. Spoon over the batter into the baking tin, spread them well.
  7. Bake at 160C for 45 minutes or until skewer inserted comes out clean.
  8. Take it out from the oven, let it cool for 10 minutes. quickly cut the brownie into pieces. notice that this type of brownie can get harden easily. once it is cooled, it'll be difficult for you to cut them.


Kenapa??? 
Tak faham dalam Bahasa Inggeris, jangan risau.. ita dah terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, supaya semua dapat mencuba dan merasa kesedapan brownies ni..
Lepas tu nak nak buat door gift ke.. nak mulakan perniagaan ke.. terpulang.. yang pasti kena cuba! 


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


Jutaan terima kasih ita yang tak terhingga kepada penyumbang resepi. Maaf ye ita tak dapat buka link penyumbang resepi yang sebenar. Ita ucapkan terima kasih pada Wani yang telah mewar-warkan tentang kesedapan brownies ni dan sudi kongsikan untuk kita semua. Terima kasih ita juga kepada Yatie yang tak pernah tutup pintu dapur rumahnya untuk ita selongkar dan mencari resepi yang terbaik dari dapur beliau.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain Along Roz dan Dr. Inahar's yang juga telah turut sama sama mencuba !
Kepada yang lain apa tunggu lagi..

Tak kan tengok aje.. tak nak rasa ke??

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

  • KEK OREN MARKISAAssalamualaikumSelamat berhujung minggu kepada semua teman-teman sekalian. Tengah buat apa tu?Tengah makan tengahari ke? atau tengah melayan mata yang hampir layu akibat ...
  • MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD AssalamualaikumTak habis-habis lagi demam crepe. Hari ini sekali lagi ita tampil dengan resepi crepe tapi bukan lagi Durian Crepe tapi kali ni Mille Crepe pulak!Mille Cr ...
  • PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING AssalamualaikumApa khabar-khabar  buat semua pengunjung Masam Manis. Semoga sentiasa tersenyum dan ceria selalu.Alhamdulillah ita dah pun sihat daripada demam, cuma ...
  • BLENDED PINEAPPLE CUP CAKEAssalamualaikumSelamat tengahari.. aik.. dah petang dah.. Sekejap aje masa berlalu. Rasa baru aje celik mata dah nak masuk dinihari..Apakah dunia sudah semakin hamp ...
  • 'Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongkit'Assalamualaikum'Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongkit'Mungkin kita biasa dengar istilah sebegini yang sering di sebut-sebut sebagai perumpamaa ...