Kamis, 09 Agustus 2012

TIPS MENYUSUN ATUR RUANG TAMU KEDIAMAN

Setiap kali hadirnya bulan yang mulia, selain kita melipat gandakan amalan kita juga sudah berkira-kira tentang persiapan menjelang hari Lebaran. Pelbagai persiapan yang telah kita lakukan, selain dari penyediaan juadah dan kuih muih untuk merai tetamu, apa yang lebih di titik beratkan ialah ruang kediaman.

Tradisi kunjung-mengunjung di Hari Raya adalah satu amalan yang telah sebati dalam diri kita. Setiap kali tibanya hari Lebaran, pastilah ruang sosial utama di kediaman menjadi tumpuan para tetamu yang berkunjung ke rumah.  Sudah semestinya tuan rumah ingin memberikan keselesaan maksimum kepada tetamu yang berkunjung ke rumahnya.

Setiap kali musim perayaan, ramai antara kita mengambil peluang untuk mengubah suai kediaman agar tampil hebat dan bergaya. Ada yang menukar langsir dan tak kurang juga yang menukar perabut baru. Walau apapun yang anda lakukan, perancangan yang teliti sebelum membeli adalah perkara yang harus anda fikirkan, supaya tidak berlaku pembaziran atau perabut yang di beli tidak bersesuaian dengan hiasan dalaman rumah anda.

Ruang tamu sebagaimana namanya, merupakan ruang untuk anda menerima tetamu. Ia adalah ruang rasmi. Hari ini ita ingin kongsikan beberapa idea dekorasi ruang tamu yang mungkin boleh di jadikan panduan untuk kita menghias ruang tamu rumah kita agar tampil bergaya dan memeriahkan lagi kedatangan lebaran kali ini.

MODEN KONTEMPORARI


Moden dan kontemporari, kedua-duanya mempunyai ciri yang hampir sama, ringkas dan tidak berserabut. Salah satu ciri yang menyerlahkan stail moden ialah penggunaan warna tona hitam, kelabu, perak dan juga putih. Idea kontemporari terkini lebih menekankan warna terang dan bercorak geometri.

KEDESAAN INGGERIS


Konsep dan gaya kedesaan Inggeris mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Konsep sebegini dikatakan mampu memberikan ketenangan dan menyuntik eleman kelembutan kepada pemilik. Kedesaan Inggeris menjurus kepada warna lembut, gelap dan yang paling ketara adalah penonjolan motif flora pada langsir, kusyen dan alas meja.

KLASIKKAL MEWAH

gaya klasik Eropah
Setiap orang mempunyai citarasa pilihan mereka tersendiri. Ini juga banyak bergantung kepada corak kehidupan dan baget.
Gaya Klasikal ialah sentuhan dekorasi yang mengadunkan elemen Greek dan Roman pada abad ke 18. Perabut kebanyakkannya bergaya mewah dengan fabrik mewah dari sutera, brocade, kapas dan wool menjadi kemestian dalam konsep ini.


GAYA MINIMALIS


Ruang minimalis lebih kosong dengan perabut yang terhad dan kawasan rumah tampak lebih luas dan santai. Ruang minimalis menjadi pilihan masyarakat urban yang merindukan kejujuran, kesederhanaan dan keselesaan penghuninya.

TIPS MENYUSUN ATUR RUANG TAMU KEDIAMAN


1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.



2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.



3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.

4. Sofa dua atau tiga tempat duduk  bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.



5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.

6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.




Rujukan :
http://www.senihias.com/v2/?p=721
Gambar dari Google

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : TIPS MENYUSUN ATUR RUANG TAMU KEDIAMAN

  • TIPS MENGHIAS RUANG MAKANRuang makan adalah ruang interaksi kedua yang tidak kurang pentingnya dalam sesebuah kediaman. Lazimnya, ruang ini di bina pada pelan lantai tengah yang menghubungkan ru ...
  • KEMUSYKILANDiharap, petikan soal jawab ini dapat membantu menjawab kemusykilan kawan-kawan yang menghadapi masalah yg sama seperti yang diutarakan.MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH?So ...
  • Tak tau nak cairkan gelatin.. ?Masih ada yang tak pasti cara mencairkan gelatin?Kepada yang masih samar-samar dan masih kabur-kabur cara dan kaedah mencairkan gelatin, jom kita belajar sama-sama..Mula ...
  • Apa yang selalu ditanya..Sebagaimana yang telah ita janjikan. Ini adalah antara bahan-bahan yang sering ita gunakan dalam setiap masakan ita tak kiralah kuih-muih, kek atau apa-apa sahaja hidang ...
  • Tips mengekalkan kesegaran jambangan bunga hidupSiapa yang tak suka jika menerima sejambangan bunga hidup. Pasti hati juga turut berbunga-bunga ceria. Bunga hidup cukup sinonim dengan golongan wanita. Ita juga tidak t ...