Kamis, 14 Maret 2013

Kek Asas 1 Kek Coklat Lembab

Assalamualaikum

Terdapat pelbagai resepi kek span asas yang boleh kita gunakan untuk menyediakan sebiji kek hiasan. Sebenarnya untuk menyediakan kek hiasan kita boleh gunakan mana-mana kek span yang kita suka, tak kiralah kek vanilla, coklat, pandan atau berperisa seperti kek oren atau kek strawberry. Semuanya bergantung atas citarasa kita atau permintaan para pelanggan.

Apa yang pasti, setiap kek yang kita sediakan mestilah serasi antara satu sama lain, iaitu antara kek dan mousse atau krim yang akan kita gandingkan bersama nanti. Contoh jika kek yang kita hendak sediakan kita nak hiaskan dengan buah-buahan, kita gunakan kek span asas vanilla, fresh cream, coklat urai dan buah-buahan. Jika kita nak berperisa coklat pula kita boleh gandingkan kek span coklat bersama mousse coklat yang kita boleh letakkan perasa moca atau nescafe dan di salut pula dengan ganache coklat yang kita tambahkan sedikit pes moca atau pes kekacang sebagai contoh pes Hazelnut dan Nutella

Pada ita pula kek coklat juga enak dan lazat jika di gandingkan bersama bubbery dan fresh cream manakala filling strawberry di gandingkan pula dengan kek span vanilla dan buttercream. Semuanya terletak atas kita yang bijak menganding dan mengayakan setiap kek yang ingin kita sediakan. Alangkah indah dan seronoknya jika kita dapat menyediakan sendiri kek hiasan untuk hari ulangtahun anak-anak atau suami tercinta.

Hari ini ita akan kongsikan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake.
Kek yang lembab dan sedikit padat dan berat. Kek yang sesuai di jadikan asas kek hiasan yang mewah dengan lapisan krim keju dan di salutkan pula coklat ganache.. waa.. pasti berpinar-pinar biji mata melihatnya dan sudap pasti anak tekak mula menari-nari riang.. wallaaa.. sedapnya..


Sebenarnya kek ni kalau tak letak krim pun dah sedap dan mewah dah..
Apa yang perlu kita salutkan sahaja dengan curahan garnache  ya Allah enaknya kejadian dan ciptaan mu.. hingga tak terungkap dengan kata-kata.. Alhamdulillah..

KEK COKLAT LEMBAB / Chocolate Moist Cake


Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan


Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla


Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas


Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati


Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon


Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.


Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.


Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.



Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita.
Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti.
Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi.

Untuk oven ita pula ita hanya gunakan api bawah setiap kali membakar kek dan kek pula ita akan letakkan di rak bawah sekali. Ini adalah kerana suhu api atas pada oven ita adalah lebih panas dari api bawah. Jika ita menggunakan api atas dan api bawah, kek akan keras pada sebelah atas dan mudah merekah serta hangus .

Kek ini boleh di bakar dan boleh dikukus, masa mengukus juga antara 1 jam hingga 1 jam 1/2
Sama juga seperti cara membakar, kukusan tidak boleh dibuka semasa kek sedang dikukus
Kek yang dikukus lebih moist, tapi tidak tahan lama
Kek yang dibakar lebih tahan lama dan lebih sesuai sebagai kek hiasan.
Boleh juga menggunakan kaedah Steam Bath

Kepada yang tak nak di lapiskan dengan krim bolehlah terus curahkan garnache coklat atasnya setelah kek di sejukkan.
Bagi yang nak di jadikan kek hiasan boleh lah potongkan kek kepada beberapa kepingan berdasarkan ketinggian kek yang kita inginkan..

Nanti kita sambung pula bagaimana cara nak menyediakan lapisan krim dan garnache coklat.



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kek Asas 1 Kek Coklat Lembab