Senin, 30 Juli 2012

BISKUT BUNGA SEROJA


Assalamualaikum, selamat pagi semua.. waaa.. semua dah bersiap sedia dah nampaknya dengan kertas dan pen.. nak salin resepi ye..

Aduh kecoh ita hari ni.. ajak nyanyi lagu Seroja dengan Jamal Abdillah lah.. ajak susun bunga seroja lah.. aii.. macam macam.. pening kepala kan.. yang paling pening macam manalah nak buat biskut bunga seroja yang tengah hot di pasaran ni..


Setiap tahun pasti ada sahaja kuih yang mendapat carta tertinggi antara berlambak-lambak kuih muih di pasaran.. dan katanya kuih ni hot sale tahun ni.. dan permintaan untuk order kuih ni dah pun di tutup.. almaklumlah nak buatnya pun bukannya mudah.. hanya yang ada urat dawai tulang besi aje yang boleh buat.. kalau rasa tulang tu dah loose sana sini skrunya.. mintak maaffff.. banyak-banyak.. hihi ^_^  jangan mare.. ita gurau.. alala.. tak kan gurau pun tak boleh... eceh.. eceh..

Di pendekkan cerita..
Ita mendapat permintaan dari seorang kenalan di FB yang pm ita dan minta ita buatkan dan tunjukkan bagaimana nak buat biskut bunga seroja ni..
Uiii.. macam-macam tau adik-adik kat fb ni.. minta..
kuih yang pelik-pelik pulak tu yang di minta..


Ita pun google lah dan cari lah resepi kuih yang di katakan tengah meletupppss.. ni..
Alhamdulillah akhirnya bertemu juga dengan resepi yang dikongsikan oleh Yatie's Cooking. Terima kasih Yatie's kerana sudi kongsikan resepi ni.. semoga murah rezeki Yatie's dan keluarga..
Resepi menurut Yatie's hasil menuntut ilmu dengan seorang Chef, tapi malangnya Yatie's terlupa pula nama chef tu.. tak pe lah.. Yatie's.. perkongsian ilmu yang Yatie's berikan sudah cukup baik dan semoga mendapat ganjaran pahala bila ramai rakan-rakan yang lain turut sama-sama mencuba..

Bila dah dapat resepi, ita mula lah bayangkan bagaimana rupa bunga seroja ni.. bila google rupa bunga seroja ni macam bunga teratai, ia tumbuh di air tetapi berbatang panjang dan bunganya tumbuh tidak cecah air.. tak seperti teratai yang terapung atas permukaan air..

Bila ita search pula rupa biskut bunga seroja rata-rata bentuk yang ditunjukkan macam bunga loceng.. kenapa tak letak nama biskut bunga loceng.. kan senang.. hihi memandai pulak lah ita ni.. marah tuan punya resepi.. heheh ^_^

Ada juga yang cadangkan letak nama biskut bunga Alammanda.. sebab bunga loceng ni nama saintifiknya Alammanda.. sedapnya nama.. boleh jugak lah..^_^


Sebenarnya nak buat bunga ni kena ada acuan khas berbentuk kon.. sebab ita cari acuan tu tak de jual kat kedai ita gunalah kaedah DIY hihi..
Apa yang ita gunakan ialah nozel. Tapi nozel ni nak banyak lah kan.. tak kisahlah tentang lubangnya tu sebab kita cuma nakkan bentuk loceng tu aje..
Cari punya cari dapatlah nozel ita ada 25 biji aje.. tapi nozel tu tak boleh yang ada bibir tau nanti susah nak keluarkan bunga tu.. dia nak yang licin macam dalam gambar kat bawah tu.. guna nozel yang kecil aje..
Jadi masalah lah kan buat biskut ni.. sebab kalau nozel banyak mudah.. tau ajelah nozel pun boleh tahan juga harganya kalau nak beli.. Terpaksalah ita buat 2, 3 jenis kuih dalam satu masa supaya masa ita tunggu nak buat bunga tu dan tunggu dia sejuk, sebab nak guna semula untuk adunan yang lain ... oven tu tak lah terbiar lama.. kita boleh bakar biskut lain..

Buat biskut ni tak susah sangat.. kalau ada banyak nozel.. ita berdoa semoga satu hari nanti adalah orang tolong buatkan acuan kuin ni.. senang sikit kawan-kawan nak buat.. kan..kan..kan..

Ok lah lama pulak ita membebel.. dah tak sabar kan jom kita intai resepi dan cara macammana nak buat biskut ni..




BISKUT BUNGA SEROJA
Rujukan : Yatie's Cooking

125 gm butter
40 gm gula ising
20 gm tepung jagung
1/2 sudu besar tepung kastad
200 gm tepung red rose atau tepung gandum
1 sudu teh  esen vanilla
1/2  biji kuning telur

* adunan ni dapat sikit aje tau! nak banyak kena gandakan sukatan

Satukan butter dan gula ising dan pukul hingga sebati dengan speed perlahan
Tambahkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Semua tepung di satukan.
Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit-sedikit  dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit doh dan letakkan pewarna hijau ~ untuk kudup bunga

Sekarang kita mulakan proses membuat bunga seroja.

Canai adunan di atas 2 lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
Sediakan nozel kecil secukupnya
Terap dengan menggunakan acuan sama seperti acuan yang ita guna untuk buat Tart Nenas Teratai boleh rujuk di SINI

Cara membuatnya boleh rujuk gambar di bawah.

  1. Cucuk nozel di tengah-tengah doh bentuk bunga
  2. Tekan dan bentukkan  bunga seroja
  3. Kemaskan agar terbentuk seperti bunga
  4. Tekan sedikit kelopak bunga 
  5. Ambil sedikit adunan warna hijau
  6. Gelek-gelekkan dengan jari agar bentuk panjang lagi halus ~ kena buat 2 untuk satu kuntum bunga
  7. Kemudian letakkan pada bunga sebagai kudupnya. Kemaskan

Untuk lebih mudah buat bunga dahulu hingga habis.
Susun dalam dulang secara telangkup iaitu kelopak bunga di sebelah bawah
Kemudian barulah letak kudup bunga
dan buat sehingga habis.


Panaskan oven 15 minit sebelum biskut di letakkan
Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung kepada kepanasan oven.
Hanya gunakan api atas sahaja
Bakar dalam oven selama 20 minit.
Sentiasa perhatikan biskut dalam oven supaya tidak hangus
Setelah biskut masak letakkan atas redai hingga sejuk sebelum nozel di keluarkan.
Letakkan inti peanut buter di tengah kelopak bunga dan hiaskan dengan ceri merah atau manik gula hiasan. 


Senangkan...
Sekarang dah boleh lah mencuba.. buat untuk hantaran pun cantik kan..??
Kalau buat kat mak mertua ni mesti mak mertua sayang beribu-ribu lemon.. ^_^


SALAM RAMADHAN

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : BISKUT BUNGA SEROJA