Rabu, 13 Maret 2013
Kehadapan anakanda ku Azrul
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Apa khabar anakanda ku..
Semoga Azrul sentiasa berada dalam lindungan Allah, sentiasa terpelihara kesihatanmu dan semoga kehidupan mu sentiasa dirahmatiNya.
Hari ini genap usia mu 17 tahun. Terasa cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita.. terasa baru semalam emak mendengar tangismu.. selepas 9 bulan dalam kandungan ini
Terasa baru sangat tangan ini membelai dan mencium ubun-ubunmu..
Terasa baru semalam melihat mu merangkak, berjalan dan berlari riang
Terasa baru sangat kuping telinga ini mendengar mu memanggil emak.. untuk yang kesekian kali..
Kini anak emak sudah semakin dewasa..
Maafkan kami seandainya tidak dapat menyambut ulang tahun bersama mu kali ini..
Jarak yang memisahkan kita dan demi mengalas tugas dan tanggungjawab masing-masing kita terpaksa akur dengan ketentuannya.. Sesungguhnya emak sangat rindu padamu.. Setiap malam jika boleh emak ingin sering bermimpi berada dengan anak-anak emak.. Seakan emak mau kembalikan semula masa lalu.. Tapi apakan daya.. emak juga ingin Azrul bijak berdikari.. Ingin melihat kejayaan mu tanpa emak dan ayah disini..
Emak dan ayah bangga dengan mu.. Abang dan Dalili juga bangga mendapat adik dan abang setabahmu.. Bangga kami atas usahamu yang tak pernah kenal jemu.. Semoga Azrul terus menjadi anak harapan dan kebanggan kami semua..
Sentiasa ingat pesan ibumu.. Dimana bumi kita pijak disitu langit kita junjung.. Ingat lah pada penciptamu dan kekasihNya..
Emak tahu, tahun ini adalah tahun getir bagimu.. Tahun yang menentukan masa hadapan mu.. Pasti Azrul berusaha untuk membanggakan emak dan ayah.. Belajarlah dengan tekun anakku, sentiasa hormat pada guru-gurumu.. Insya Allah kejayaan pasti berpihak kepadamu..
Andai kejayaan berpihak pada mu kelak.. ikutlah resmi padi yang semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.. janganlah menjadi lalang yang meliuk-liuk dan terawang-awang..
Jangan takut dilambung ombak dan badai anakku..
Kejayaan tidak akan datang bergolek.. Namun dalam sibuk mencari kejayaan jangan pula takut pada kegagalan..
Kegagalan menjadikanmu semakin bijak berfikir untuk meraih lebih kecermerlangan.. Emak tidak pernah putus menitipkan doa untuk setiap langkah dan perjuangan mu..
Kejayaan didunia hanya sementara.. Kejayaaan di akhirat lebih kekal dan abadi..
Jadilah anak yang solleh kerana ia membuatkan emak lebih tenang di sana kelak
Seandainya warkah ini adalah yang terakhir kali.. Maafkan emak anaku.. seandainya ada kekurangan dalam membelai dan mendidikmu.. Seandainya ada kata-kata dari emak yang pernah menguris perasaan mu.. seandai ada bahasa tubuh ini yang pernah melukai hati dan menganggu emosi mu..
Basahkan bibirmu dengan kalimah-kalimah Allah agar emak tenang dan aman di sana..
Selamat ulang tahun anakku.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih memberikan sinar kebahagiaan..
Salam penuh kerinduan
Emak
Warkah buat Azrul..

Tags :
MY FAMILY
Related : Warkah buat Azrul..
Tips sahur istemewa untuk Semanis Kurma TV9" Alahaiiii.. payahnyaaa..Dalili bangunnn....Daliliiiiii.. bangun sahurrrrr.... jangan tidur lagiiiii... Beginilah keadaan anak-anak setiap kali berada di meja makan ketika bersahur..Pernah berha ...
Seminggu berhari raya... Assalamualaikum..Apa khabar semua rakan-rakan ita tersayang. Rasa-rasanya belum terlewat lagi untuk ita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat islam ...
Photos of the weekBila anak-anak pulang bercuti, kami sekeluarga akan keluar jalan-jalan.. menghabiskan masa bersama-sama. Kerana bagi kami inilah peluang keemasan untuk bersama . Peluang ...
Johor Junior Chef Challenge Peringkat SaringanAlhamdulillah..Johore Junior Chef Challenge telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ya ...
My Bibiksssss...AssalamualaikumSalam sejahtera buat semua..Ita banyak sangat dapat email dan PM di FB bertanyakan tentang peralatan memasak yang sering ita gunakan.Mula ita rasa segan n ...