Assalamualaikum
Baru-baru ini ita ditimpa perkara yang amat mendukacitakan apabila FB ita dah tak boleh berfungsi dengan baik dan sempurna. Mula-mula ita sangkakan ini adalah perkara biasa kerana keadaan ini selalu berlaku bila FB di selengara . Tapi setiap hari ita menunggu keadaan tetap sama hingga kini.
Banyak gambar masakan dan gambar personal dalam FB ita hilang. Ita juga tidak dapat linkkan blog ita di FB lagi, keadaan ini memang membuatkan ita sangat sedih dan sedikit kecewa. Bukan FB personal sahaja tapi ita punya fan page juga mengalami nasib yang serupa. Semua gambar masakan yang ita kongsikan hilang.
Ita cuba dapatkan bantuan seorang rakan untuk mengetahui samaada FB ita telah di hack, beliau memang arif tentang komputer dan internet kerana berkerja sebagai Computer Analyst di Bukit Aman. Menurut beliau jika FB di hack, pemilik sudah tidak dapat terus membuka FB nya. Tapi sebaliknya jika gambar hilang atau ada tangan-tangan lain yang memasukkan apa-apa status yang bukan tuan empunya yang masukkan ini bermakna, fb telah di sabotaj oleh pihak lain
Ramai rakan-rakan FB yang memahami masalah ita hadapi, memberikan pandangan dan pendapat. Terima kasih ita ucapkan..
Ita diminta untuk menukar pasword FB dengan segera. Walaupun ita dah lakukan tapi masih lagi tiada sebarang perubahan.
Akhirnya ita menghubungi seorang lagi teman, beliau pula berkhidmat di IBM Mesiniaga. Beliau dengan baik hati telah sudi membantu ita untuk menyelesaikan masalah yang ita hadapi memandangkan ita kurang arif bab-bab iT ni.. Ita ni kalau bab iT ni nak kena tunggu anak-anak balik barulah anak-anak dapat membantu..
Setelah aduan di buat ita diminta menunggu progres selanjutnya dari FB. Ita terus menunggu dengan sabar namun masih tiada perubahan. Baru-baru ini anak ita pulang bercuti, ita merebut peluang untuk meminta Amirul membantu ita. Sekali lagi kami membuat aduan tapi hingga kini masih lagi sama.. tiada apa-apa perubahan.
Ita mula sangsi kerana terdapat beberapa status baru masuk dalam FB yang bukan ita masukkan. Ita tak pasti apa yang berlaku sekarang.. Ita bercadang untuk menutup sahaja FB ita jika keadaan masih terus berlarutan..
Kepada rakan-rakan ita yang lain, ita nasihatkan supaya selalulah tukar pasword supaya FB kita tidak di hack oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Ita meminta maaf sekiranya keadaan yang ita alami ini memberikan kesulitan juga buat rakan-rakan ita untuk mencari resepi. Ita juga minta maaf banyak-banyak kepada semua fren ita samaada di Azlita Aziz FB atau di Azlita Masam Manis Fanpage sekiranya ita terpaksa menutup FB ita nanti..
Sekiranya ada apa-apa perubahan kelak ita akan lapurkan dari semasa ke semasa.
Ita juga tidak pasti samaada blog ita turut terkena tempiasnya, kerana banyak link terutama untuk search resepi tidak boleh beroperasi seperti selalu. Ita masih lagi mencari punca dan masalahnya..
Chocolate Blossom Mini Cup Cake
Bahan A
150 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda
secubit garam
Bahan B
2 biji telur gred B
230 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
100 ml susu cair
125 ml minyak jagung
1 sudu besar susu pekat manis
Bahan D
125 ml air panas
Satukan semua bahan A dan ayak 2 kali
Dalam bekas pemutar, putar bahan B hingga gebu dan putih
Satukan Susu cair dan susu pekat dalam bahan C
Kemudian tuang dalam adunan bahan B perlahan -lahan sambil adunan terus diputar
Tuangkan pula minyak jagung
Masukkan pula tepung sedikit-sedikit dan gaul rata dengan kaedah kaup balik
Akhir sekali tuangkan air panas dan gaul adunan sempurna
Kukusan dipanaskan terlebih dahulu
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas kek
Sediakan cawan kertas secukupnya
Letakkan cawan kertas di dalam acuan lompang atau acuan apam
Tuangkan adunan 3/4 cawan kertas
Kukus selama 20 minit