Assalamualaikum
Setiap manusia pasti akan terbelengu dengan seribu permasalahan.. Selagi kita bernama manusia, masalah itu pasti akan ada kerana itulah ujian dariNya untuk menguji sejauh mana ingatan kita terhadapnya.. Bila ada masalah biasanya kita kerap menyalahkan diri atau takdir..
Sebenarnya kita harus bersyukur kerana diberikan ujian.. kerana setiap kali kita diuji kita semakin mendekatkan diri kepadaNya..
Ada masa bila kita terlalu sibuk dengan urusan dunia.. kita hampir-hampir melupaiNya.. pada ita itu adalah lumrah kehidupan.. kerana manusia mudah lupa..
Ita sebenarnya kurang minat menonton drama di TV, ita hanya akan tonton bila pelakonnya bagus, jalan ceritanya menarik dan menyentuh nilai kehidupan di samping arahan dari pengarah yang hebat!
Slot Zehra TV3 drama bersiri Hanya Padamu benar-benar membuatkan ita tak sabar menunggu hari Jumaat malam. Ita suka jalan ceritanya yang tidak terlalu berat tapi sangat mendalam penyampaiannya.. Yang paling utama ita sukakan shoot gambarnya yang sangat lembut dengan pemandangan yang cukup menarik! Kepada mereka yang belum menonton cerita ini bolehlah menontonya malam ni.. tak sabar nak mengetahui kesudahan cerita ini..
Setiap kali ita berhadapan masalah.. melukis adalah cara ita untuk melupakan masalah atau tekanan yang ita hadapi. Pada ita setiap daripada kita pasti ada cara tersendiri untuk menghindarkan diri sebentar dari kemelut permasalahan.
Bila ita melukis, ita dapat melupakan segala-galanya.. walaupun tidak secara keseluruhan.. tapi sekurang-kurangnya ianya dapat menghiburkan hati..
Kini ita tidak mempunyai cukup masa dan ruang untuk melukis.. Tepung dan pewarna adalah peneman yang dapat menghiburkan hati ita tika dan saat ini. Selain itu bila ita dapat memegang camera pasti segala masalah pun hilang satu persatu.. Ini lah dunia ita kini..
Pada rakan-rakan ita diluar sana, jika ada masalah jangan sedih-sedih.. Mintalah pertolongan dan mengadulah padaNya.. Hanya Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Walaupun kini kita sendiri.. ditinggakan kawan-kawan atau orang yang kita sayangi.. tapi kita masih ada Dia..
OWL SUGAR COOKIES
Untuk melihat cara membuatnya boleh rujuk di SINI
225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.
Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit.
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman.
Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm
Gunakan acuan pilihan dan terap
Susun doh atas dulang pembakar
Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.
Setelah cookies masak, susun atas redai hingga ia sejuk sepenuhnya.
ROYAL ICING
800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder
3/4 cawan air ~ air yang di masak suhu bilik
1 sudu besar jus lemon
Satukan gula icing dan meringue powder
Masukkan dalam mixer dan putar dengan speed perlahan hingga ia bercampur sempurnaTambahkan air dan jus lemon dan pukul dengan speed sederhana.
Teruskan memukul dengan speed yang sederhana hingga adunan mengental
Sekarang adunan royal icing telah tersedia dan boleh di gunakan.
Boleh lah diwarnakan mengikut kesesuaian.
Untuk membuat layout, jika adunan royal icing terlalu pekat tambahkan sedikit air ~ anggaran 1 sudu teh, sedikit-sedikit hingga ia mencapai kepekatan yang sesuai untuk membuat layout ( adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair) kacau adunan rata.
Untuk bahagian dalamnya pula, adunan hendaklah licin dan cair sedikit dari adunan layout tapi tidak terlalu cair supaya bila kita paipkan ia tak meleleh turun. Oleh itu jika adunan pekat letakkan air sesudu teh demi sesudu sehingga mencapai piawaiannya OK!
Adunan bolehlah diwarnakan tetapi Jangan menggunakan pewarna yang berasaskan minyak. Hanya gunakan yang berasaskan air sahaja.
Sediakan piping bag secukupnya.
Untuk bahagian dalam boleh juga menggunakan botol sos yang lubangnya kecil.Sediakan nozel lubang kecil untuk layout dan sedikit besar untuk bahagian dalam
Sediakan juga gelas. Lapik dasar gelas dengan tisu basah supaya icing tidak cepat mengeras.
Letakkan royal icing dalam piping bag dan letakkan dalam gelas yang telah dilapik dengan tisu basah tadi seperti dalam gambar.
Sekarang kita dah bolehlah mula melorek atas cookies
Buatkan layout dahulu atas cookies, dan biarkan ia mengeras
Ini bertujuan bila kita letakkan lapisan dalam ia tak mengalir ke luar.
Kemudian paipkan pula bahagian dalam
Ratakan dan jika ada gelembung udara bersihkan dengan spatula atau lidi
Hentak-hentak sedikit cookies supaya ia rata
Buatlah kaedah yang sama untuk bahagian yang lain pula.
Jika nak letakkan mata atau sebagainya, tunggu sehingga icing mengeras baru letakkan mata atau bahagian-bahagian lain.
Jika icing ada terlebih, simpan didalam bekas kedap udara. Tutup kemas dan masukkan dalam peti ais. Ia tahan selama 1 bulan.
Tunggu sehingga icing benar-benar keras barulah di simpan sugar cookies kita ni didalam bekas kedap udara.
Atau boleh terus masukkan dalam bekas plastik kecil untuk door gift. Atau boleh juga masukkan dalam botol kecil, hiaslah botol dengan riben dan amat sesuai sebagai buah tangan.
Keep smiling because life is beautiful... and there is so much to smile about...