Minggu, 24 Februari 2013

KEK GULUNG MOCHA MARMAR

Assalamualaikum


Apa khabar semua rakan-rakan yang ita kasihi sekalian.. Semoga semuanya sihat dan ceri-ceria selalu dalam menjalani rutin seharian dan melaksanakan tanggungjawab yang terpikul.
Alhamdulillah kita masih lagi dapat bersua walaupun lewat papan skrin komputer..  sahaja
Bagaimana perjalanan hidup kita sehari-hari.. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan sentiasa mencucuri rahmat buat sekalian umat Nabi Muhammad SAW.

Bercuti panjang memang buatkan ita terasa sunyi.. Sunyi dan sepi dari perkhabaran rakan-rakan diluar sana.. tapi apakan daya.. ita tak sihat untuk melaksanakan rutin seperti biasa. Maaf andai ada yang tertunggu-tunggu balasan email dari ita, atau ada yang mungkin tertunggu-tunggu resepi terbaru..


Ita juga manusia biasa yang sering diuji olehNya. Ada kala sihat ada kala diberikan ujian sedikit kesakitan.. Semuanya untuk menguji sejauh mana ita dapat bersabar dengan ujianNya ini..
Ita sentiasa berdoa agar ita segera sembuh dan pulih seperti sedia kala..

Sebagai suri rumah, walaupun tak sihat rutin seharian tetap diteruskan.. masih lagi memasak untuk keuarga maklumlah ita tak punya orang gaji.. jadi semua urusan rumah terpaksa ita laksanakan walaupun kesihatan tak mengizinkan.

Oklah ita pun tak boleh nak sembang panjang-panjang.. mengadap komputer ni pun dah buatkan kepala ni berdenyut-denyut semula.. nanti kalau dah sihat sepenuhnya bolehlah kita sembang..

Ita tinggalkan anda semua dengan resepi kek gulung.. Selamat mencuba!! dan Happy Cooking


KEK GULUNG MOCHA MARMAR

Bahan A
5 biji kuning telur
100 ml minyak Mazola
65 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
100 gm tepung
1/2 sudu teh soda

Bahan C
5 biji putih telur
100 gm gula kastor
1/2 sudu teh serbuk tarta

Bahan D
50 ml air panas
20 gm serbuk koko
10 gm Nescafe

Inti
Krim putar bukan tenusu perasa coklat
* kalau tak ada boleh putarkan krim putar bukan tenusu dicampurkan dengan ganache coklat
atau putar krim putar bukan tenusu di campurkan dengan Nutella

Dalam satu bekas, satukan bahan A dan gaul dengan spatula atau whisk hingga bergaul rata.
Campurkan bahan B yang telah di ayak dan gaul rata, ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula kastor dan serbuk tarta dan putar hingga kental dan bertanduk

Kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan tepung hingga rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian

Bahan D di satukan
Masukkan bahan D dalam satu daripada adunan yang telah diasingkan tadi dan gaul rata

Sediakan loyang 25x35cm, alas dasarnya dengan kertas kek dan sapukan dengan butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
Dengan menggunakan belakang sudu buatkan marble
Bakar pada suhu 160 C selama 20 ~ 25 minit
Sejukkan setelah masak

Letakkan inti pada kek dan gulung kemas
Balut dengan kertas minyak dan simpan dalam peti ais semalaman




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : KEK GULUNG MOCHA MARMAR

  • TIRAMISU MILLE CREPEAssalamualaikumhaii....Selamat pagi semua..Apa khabar semua pagi ni..?Semoga sihat dan sentiasa ceria-ceria selalu..Sekarang musim hujan aje kan..Malam tadi di area ruma ...
  • Yang enak dan lazat dari pakar masakanAssalamualaikum..Lama rasanya ita tak kirimkan resepi di dapur alam maya ita ni. Sebenarnya kekangan masa dan kesibukan buatkan masa ita cukup terbatas sejak dua menjak ...
  • KEK LAPIS CADBURRY / KEK LAPIS INDIAMenurut Dayang, Kek Lapis Cadbury dan Kek Lapis India adalah kek yang sama. Kek ini juga merupakan kek yang cukup popular di Bumi Kenyalang.Rasanya yang lemak manis di t ...
  • KEK OREN MARKISAAssalamualaikumSelamat berhujung minggu kepada semua teman-teman sekalian. Tengah buat apa tu?Tengah makan tengahari ke? atau tengah melayan mata yang hampir layu akibat ...
  • BLENDED PINEAPPLE CUP CAKEAssalamualaikumSelamat tengahari.. aik.. dah petang dah.. Sekejap aje masa berlalu. Rasa baru aje celik mata dah nak masuk dinihari..Apakah dunia sudah semakin hamp ...