Selasa, 08 Januari 2013

MASAK LADA API DAGING PANGKAL


Assalamualaikum, 
Semalam ita sediakan masakan dari Negeri Sembilan. Jika sebut negeri Sembilan pasti kita teringatkan chef yang comel dan sering mengukir senyuman manis, siapa lagi kalau bukan Chef Ismail. Resepi ni ita ambil dari buku masakan beliau Sajian Tradisi Negeri Sembilan. Ita beli buku ni sewaktu mengunjungi restoran milik beliau di Bangsar.

Makanan dari Negeri Sembilan memang cukup terkenal dengan santan dan cili apinya. Kalau tak pedas bukan Negeri Sembilan lah namanya. 

Berbalik kita pada resepi Masak Lada Api Daging Pangkal ni, ita kurang mengerti dengan apa yang dimaksudkan daging pangkal dalam resepi tersebut. Daging yang di cadangkan dalam resepi pula adalah daging cincang atau daging hancur. Ita pula menggunakan daging batang pinang yang ita potong kecil-kecil, kerana ita tak berapa gemar sangat daging cincang ni. Jadi kepada yang nak mencuba bolehlah mencuba dengan daging cincang atau daging yang dipotong kecil-kecil macam ita ni..  

Pada ita resepi ni sangat sedap dan anak-anak juga sangat mengemarinya. Cuma memang berasap telinga bila makan.. aduh! terasa pedasnya yang mengigit.. 
Masakan tak pedas, semua bahan-bahan pedas berada dalam lauk ni dengan cili apinya, lada hitam dan lada kering.. maunya tak berasap.. !! 



MASAK LADA API DAGING PANGKAL
Resepi : Chef Ismail
Rujukan : Sajian Tradisiona Negeri Sembilan

500 gm daging cincang ~ ita guna batang pinang dan potong kecil
25 gm lada api
5cm kunyit hidup
175 ml santan pekat
2 batang serai ~ dititik
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1/2 sudu teh lada hitam ~ sangai dan tumbuk *
1/2 sudu teh ketumbar ~ sangai dan tumbuk *
2 sudu besar cili kering ~ yang telah dikisar
Garam dan gula secukup rasa

Daging cincang dicuci dan direbus hingga empuk
Lada api dan cili padi ditumbuk atau dikisar hingga lumat
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris nipis
Serai pula dititik
Lada hitam dan ketumbar pula disangai tanpa minyak dalam kuali
Masukkan daging yang telah direbus, hirisan bawang-bawang, halia, serai, bahan-bahan yang telah dikisar, rempah tumbuk*, cili kering kisar, dan sedikit air ke dalam periuk dan jerangkan untuk proses mengecut selama 15 minit.
Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa
Masak hingga mendidih dan kuah sedikit pekat.



IKAN CENCARU BAKAR DAN SAMBAL KICAP

2 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih, lumurkan garam kemudian di bakar

15 biji cili padi
2 biji bawang besar hiris
2 tangkai cili merah ~ dihiris
3 biji limau nipis ambil jusnya
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
250 ml kicap manis
secubit garam

Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat
Tambahkan kicap, garam dan gula
Perahkan jus limau nipis
Taburkan dengan cili merah hiris dan bawang merah yang telah dihiris



KOBIS GORENG KUNYIT

1/4 biji kobis yang sedang ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
1 batang cili merah ~ dihiris
Sedikit soon ~ direndam hingga lembut
1 labu bawang merah ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris
garam dan gula

Bahan Kisar
1 sudu besar udang kering ~ rendam dan kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inc kunyit hidup

Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan lobak merah dan sayur kobis kacau rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan soon dan taburkan dengan hirisan bawang merah dan lada merah



Yang lain ini pula adalah laup pauk yang ita gandingkan bersama. Ita sediakan juga kobis goreng kunyit, ikan cencaru bakar dan dicicah bersama sambal kicap.

Sebagai pelengkap di meja hidangan dan juga sebagai pencuci mulut ita sediakan agar-agar santan pandan yang resepinya pernah dikongsikan oleh sahabat ita yatie.

Sedap tau agar-agar ni, terasa lemak manisnya yang memang sesuai sebagai penghilang kepedasan.. hihi


AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
Rujukan : Yatie

10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan

Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk









Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : MASAK LADA API DAGING PANGKAL

  • TAUHU BERLADAAssalamualaikumSelamat malam semua..Sebenarnya ita masih belum sihat lagi. Demam, batuk dan selsema masih tak hilang.Bila malam aje badan panas tapi ita terasa sang ...
  • SOTO MADURA KUAH MERAHAssalamualaikumKali pertama ita makan Soto Madura ketika menghadiri majlis rumah terbuka rumah kawan ita, bertahun-tahun yang lalu... Pada mulanya ita sangkakan ianya me ...
  • DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKEAssalamualaikumWaaa... pagi-pagi dah terbau durian..Pasti ramai pengemar raja segala buah ni di luar sana kan??Tapi ada juga yang tak suka makan buah durian. Ada yang ku ...
  • Sehari didapur memang memenatkan..Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan ita diluar sana. Apa khabar semua pagi ni? semoga kalian semua sihat, diberikan kesihatan yang baik dan sentia ...
  • DOUBLE DECKER MOUSSEAssalamualaikumAlhamdulillah dapat juga kita berjumpa di pagi hari Rabu ni. Apa khabar semua? harap-harap sihat lah ye.. dan sentiasa ceria memasak untuk sajian keluarga ...