Selasa, 11 Desember 2012

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

Assalamualaikum


Selamat malam, dah malam barulah dapat bersiaran.
Siang tadi memang tak sempat nak masukkan resepi ni, kebetulan mak dan bapa ita datang rumah, dok bersembang sampai lah ke petang..

Mak datang hantarkan buah rambutan yang masak ranum belakang rumah. Pokok rambutan tu dulu suami ita yang tanam.. masa balik Kelantan suami ita beli anak pokok tu kat Kota Baru, rambutan anak sekolah.

Menjadi pulak pokok tu.. berbuah lebat..
Kata mak sejuk tangan.. sebab tu banyak buahnya.. tiap-tiap tahun ia berbuah.. alhamdulillah rezeki Allah. Kata orang kalau berbudi dengan tanah.. inilah hasilnya..


Ita memang suka makan rambutan. Rambutan yang paling ita suka rambutan gading, atau pun nama lain rambutan kuning. Kalau nampak orang jual mesti ita nak singah dan beli, berkilo-kilo pun ita boleh makan.. hihi

Masa ita kecik dulu, bapa ita ada kebun buah-buahan. Tapi tak de satupun pokok buah yang ita suka. Bapa ita tanam pokok cempedak, durian, dokong, sukun dan beberapa pokok lagi.. semua ita tak suka.. Ada 2 pokok rambutan merah yang bapa ita tanam, tapi ita tak berapa suka rambutan tu, sebab banyak sangat air.. ita suka rambutan yang sedikit kering. Tak lama pokok tu berbuah bapa ita pun tebang dan di gantikan dengan pokok lain..

Dulu ita pernah tanya dengan mak.. kenapa bapa ita tak ada tanam pokok buah yang ita suka, macam rambutan dan mangis. Mak kata adik beradik yang lain semua suka durian..  durian pula mahal harganya.. jadi bapa ita tanam pokok yang mana ramai yang suka makan.. dan tinggi harganya.. ialah, masa tu kan keluarga ita bukan keluarga yang mewah, jadi untuk membeli durian memang agak sukar lebih-lebih lagi keluarga kami besar. Walaupun sedikit kecewa tapi ita tak pernah ambil hati.. sebab tau.. hanya ita aje yang suka makan.. lebih elok kalau bapa ita tanam pokok buah-buahan yang disukai keluarga.. tak lah membazir..

Hari ni ita masak lauk ayam masak kicap berempah. Lauk yang menjadi kegemaran anak-anak. Dalili lah yang paling suka, makan bertambah-tambah.. Suka bila lihat Dalili makan bertambah-tambah.. ialah Dalili sangat cerewet bab makan.. ada sahaja yang tak kena pada seleranya.. dan kaau dia tak suka.. jamah pun dia tak mau..

Ada masa sebagai ibu, ita juga rasa serba salah.. ialah takut tak dapat berlaku adil dalam memberikan kasih sayang.. Bimbang ada yang terasa hati bila permintaan mereka tak dipenuhi..


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih
sedikit garam
sedikit kunyit

Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar
Goreng ayam dalam minyak panas secara terendam sehingga kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inc halia
1 batang serai

Kesemua bahan di atas dikisar

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai ~ dititik

Rencah
3 biji kentang ~ di hiris dan digoreng
2 labu bawang besar ~ potong bulat
2 sudu besar ~ kicap pekat
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam
Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air
Masak hingga didih
Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris
Biar kuah masak dan pekat
Perasakan dengan garam dan gula

Sedia dihidangkan



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

  • NASI BERIANI GAM ASLI MUAR di AIDIL ADHAAssalamualaikumSalam Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Sebagaimana yang kita sedia makhlum, bila sebut Aidil Adha, pasti ingatan tertumpu pada ib ...
  • AYAM MASAK GULAI KAWAHHari ini adalah hari pertama persekolahan bagi sesi 2013.  Pasti ramai ibu bapa yang sibuk menguruskan anak-anak, lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman pertam ...
  • Tips sahur istemewa untuk Semanis Kurma TV9" Alahaiiii.. payahnyaaa..Dalili bangunnn....Daliliiiiii.. bangun sahurrrrr.... jangan tidur lagiiiii... Beginilah keadaan anak-anak setiap kali berada di meja makan ketika bersahur..Pernah berha ...
  • NASI KOMOK / KHAO MOK GAIKalau dahulu mak-mak kita selalu bawakan bekal untuk bapa kita ke tempat kerja.. tapi zaman sekarang ni ada lagi ke suami yang nak bawa bekal ke office ??Kebanyakkan lel ...
  • AYAM MERAH ALA JAWAIta suka masakan Jawa. Walaupun ita bukanlah orang Jawa, tapi masakan jawa cukup serasi dengan tekak dan selera ita. Besar kemungkinan di Johor ni banyak orang Jawa itul ...