Assalamualaikum
Selamat malam semua..
Sebenarnya ita masih belum sihat lagi.
Demam, batuk dan selsema masih tak hilang.
Bila malam aje badan panas tapi ita terasa sangat sejuk dan gigil.
Paling ita lemah sekali bila, batuk dan selsema.
Kalau batuk tau ajelah kan bagaimana.. dengan mengokol hingga payah nak tidur.
Selsema pula selalu buatkan ita sakit kepala.. berdenyut-denyut dibuatnya..
Tadi ita dok siapkan cookies untuk Dalili lagi.
Semalam tak dapat nak buat sebab badan memang lemah sangat, nak-nak bila dah telan ubat batuk.
Kepala pun hayal dan mata pun mengantuk aje..
Hari ni kuatkan diri juga untuk siapkan lagi cookies tu..
Janji dengan Dalili nak buatkan cup cake. Nampaknya terpaksa lah di cancel, tak tau lah merajuk ke tidak anak dara tu..
Ini pun ita baru makan ubat, sementara melayan mata ni nak terlelap ita masukkan lah resepi yang dah lama tertunggak ni..
Tauhu sebenarnya memang fav ita.
Ita kalau ada tauhu goreng ita boleh ratah cam tu aje.. lepas sekeping-sekeping.. hingga tak sedar se pinggan ita makan.
Sampai mak ita pun dah tau dah yang ita memang suka tauhu. Kalau mak beli tauhu mesti mak beli lebih. Sebab dia tau nanti anak dia ni akan meratah lepas sekeping-sekeping.. hihi
Sekarang ni suami ita pun dah faham benar apa yang ita suka. Bila pergi pasar mesti dia akan beli tauhu.
Ita boleh makan tauhu dengan nasi dan sambal kicap aje.. huhu bertambah-tambah ita makan.. tak payah lauk lain lagi dah..
Minat ita terhadap tauhu ni samalah macam bapa ita juga. Bapa ita pun suka makan tauhu. Tulah kan manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..
Tok cik ita adalah salah seorang pembuat tauhu yang terawal di Johor Bahru. Masa tu tauhu banyak di monopoli oleh orang Cina. Selepas tok cik ita meninggal, kini perusahaan tauhunya di teruskan oleh anaknya hingga kini. Ita harap perusahan tauhunya akan terus berkembang dan menjadi perusahaan turun temurun keluarga.
TAUHU BERLADA
By : Kak Hanieliza
Rujukan : Buku 1 Hari 1 Resepi
2 keping tauhu
1 labu bawang besar Holland ~ potong bulat
2 sudu makan sos tomato
5 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
1 tangkai daun kari
1 sudu teh gula
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa
Bahan Kisar
7 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing
Angkat dan ketepikan setelah masak
Asingkan separuh minyak
Baki minyak tumiskan daun kari hingga wangi
Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata
Masaklah sehingga pecah minyak
Masukkan jus limau kasturi, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan bawang dan masak hingga bawang layu
Masukkan tauhu dan kacau rata
Sedia untuk dihidangkan.