Sabtu, 13 Oktober 2012

MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD

Assalamualaikum


Tak habis-habis lagi demam crepe. Hari ini sekali lagi ita tampil dengan resepi crepe tapi bukan lagi Durian Crepe tapi kali ni Mille Crepe pulak!
Mille Crepe adalah sejenis kek yang di buat menggunakan pancake yang nipis. Ianya di susun selapis demi selapis dan di antara lapisan-lapisan itu di letakkan filling tertentu, seperti vanilla, coklat, strawberry, custard dan lain-lain lagi yang semuanya bergantung kepada citarasa peminat kek yang semakin mendapat tempat di kalangan pengemarnya ini.


Mille Crêpes bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Perancis dikatakan mula di kenali di Kota Perancis dan menular ke  negara matahari terbit iaitu Jepun. Di Jepun, harganya pun boleh tahan juga anggaran 380 ~ 400 yen sepotong. Kini ianya juga telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sentiasa ingin rasakan kelainan dan mereka yang cintakan kek. Kalau di Malaysia pula harganya sekitar RM 10 ~ RM 15 ringgit sepotong bergantung kepada jenis dan juga kedai atau restoran yang menjualnya. 

Cara membuatnya cukup mudah dengan bahan yang cukup simple. Semua orang boleh mencubanya dan rasakanlah sendiri keenakan kek yang berlapis-lapis ini. Pada pendapat ita, kesedapan kek ini banyak bergantung kepada fillingnya. Jika sedap fillingnya maka semakin membangkitkan lagilah kesedapan dan keenakan kek ini.


Untuk lapisan crepenya pula, ianya hendaklah di buat setipis yang boleh supaya bila kita makan taklah terasa seperti kita memakan pancake dan ianya juga memudahkan bila kita nak mencucukkan garfu ke dalam kek kita ni nanti.

Jangan tersilap kerana resepi untuk menyediakan pancake ini tidak sama seperti resepi untuk membuat Durian Crepe. Jika durian crepe menggunakan tepung, telur, garam dan santan. Mille Crepe pula menggunakan tepung kek, susu, kuning telur, gula, garam dan sedikit butter. Jadi rasa dan teksturnya juga berlainan. Crepenya pula ada yang manis dan ada yang tanpa gula ~ lemak-lemak masin gitu..


Biasanya crepe tidak di salut atau di bungkus dengan topping seperti kek biasa. Ini kerana untuk melihatkan kelainan kek ini daripada kek lain yang berlambak-lambak di pasaran dan semestinya ia tampil dengan gayanya yang tersendiri. Corak pada pancake yang berbecak-becak itu sendiri memperlihatkan keindahannya yang sebenar.

Tapi ramai juga yang menjadikan ianya seperti kek yang menyalutnya dengan topping, dan sudah semestinya ianya sebagai satu kejutan kepada sesiapa yang menerimanya nanti.

Sekarang ni terdapat pelbagai cara mereka menyediakan Mille Crepe ni, ada yang meletakkan buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry atau apa-apa sahaja buah-buahan yang dirasakan sesuai di celah-celah lapisannya. 

Ada juga yang meletakkan base, atau dasar nya dengan kek dan ada yang terus sahaja melapis selapis-selapis dengan crepe sahaja.


Atas permintaan adik-adik ita di FB, hari ini ita tunjukkan bagaimana nak menyediakan Mille Crepe Cake ni.  Sebelum tu ita nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dailyclickclicks yang telah bersusah payah translatekan resepi dari bahasa Jepun ni dan kongsikan pula di blognya untuk mereka yang mencari resepi kek yang satu ni. Semoga semakin murah rezeki dan semoga berlipat-lipat ganjaran pahalanya.

Resepi ni pada ita sangat sedap! Ita sukakan filling custardnya yang creamy dan lazat tak terkata. Bau aroma vanilla tu aduh.. menusuk ke kalbu setiap kali mengigit cebisan demi cebisan. Kalau sesiapa yang pernah makan cream puff Beard Papa's di Midvelly, fillingnya tu sama sebijik rasanya dengan filling cream puff di Beard Papa's. Dan inilah resepi cream custard yang ita tercari-cari selama ini.. Terima kasih Dailyclickclick sekali lagi daripada akak.


Untuk crepenya pula ita gunakan resepi dari Elaine's. Sebagaimana yang ita katakan tempoh hari, semasa membuat Durian Crepe, ita telah mencuba kedua-dua resepi crepe ni, dan ita rasakan resepi dari Elaine ni amat sesuai untuk di buat Mille Crepe kerana ita sukakan rasanya yang lemak-lemak manis gitu.. dan juga corak pada crepe ita apabila ianya di bakar cantik! Ita gandakan adunan kerana satu adunan tidak mencukupi untuk sebijik kek. Untuk 2 adunan ni, dapat menghasilkan 15 keping crepe yang nipis. Resepi yang ita salin ni ita dah gandakan dan ada sedikit penambahan yang ita lakukan.

Macam mana? dah bersedia untuk mengcrepe pulak! Jom masuk dapur..

Proses membuat crepe ni tak sesusah yang di sangkakan. Ianya hanya menggunakan bahan biasa yang ada di dapur aje. Tidak perlukan mixer, hanya pukul guna tangan aje.. mudah kan.. Jom kita intai bahan-banahan yang diperlukan


MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD

CREPE
By : Elaine's

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam. Kemudian diayak
Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul
Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi
Kacau rata hingga sebati
Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin
Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla
Kacau adunan hingga rata
Kemudian tapis.
Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit

Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.
Biarkan hingga permukaannya kering dan  lapisan bawahnya kuning keemasan
Tak perlu di balikkan
Terus angkat
*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik
  Setiap lapisan 1 helai plastik
  Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering
  Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.


Sekarang kita sediakan pula lapisan dasar mille Crepe.
Untuk lapisan dasar ni ita gunakan resepi asas kek span vanilla. Anda boleh gunakan apa-apa sahaja resepi kek yang anda rasakan sesuai. Jika tak nak lapisan dasar pun boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Untuk membuat kek dasar anda hanya perlukan 1/2 sahaja daripada resepi di bawah. Terpulang samaada nak buat satu adunan atau 1/2 adunan kerana kita hanya akan gunakan satu lapisan kek span yang nipis sahaja.


KEK SPAN VANILLA

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm susu tepung
70 gm butter dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
Bila dah sejuk potong kek kepada 2 lapisan

Untuk resepi ni kita hanya gunakan 1 lapisan kek sahaja
Bila dah siap ketepikan kek dan crepe.
Sekarang kita nak mulakan pula proses untuk membuat filling dia pulak!

Untuk resepi filling ni, ia memerlukan custard dan whipping cream. Untuk Whipping cream ita gunanakan Non Dairy Whipping Cream jenama Rich. Kalau nak guna jenama lain pun boleh. Jadi sukatan yang ita perlukan untuk Non Dairy Whipping Cream Rich kotak biru ni lain daripada Whipping cream yang lain. Biasa sukatannya 2:1
Kepada yang nak gunakan resepi Rich kotak biru boleh ikut sukatan ita iaitu ita perlukan 550 ml whipping cream ni. Kalau guna jenama lain ikut sukatan dalam resepi di bawah ye!
Mula-mula kita kena sediakan custard dahulu. 
Jom kita semak resepi dahulu


VANILLA CREAM CUSTARD
By: Cookpad
Rujukan : Dailyclickclick

200 ml whipping cream (ita letak 550ml Non Dairy Whipping Cream Rich kotak Biru)
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam



Untuk menyediakan custard ni kita boleh gunakan microwave atau pun kita masak atas dapur.  Hari ni ita tunjukkan cara masak atas dapur aje lah ye.


Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.
Kalau gunakan microwave panaskan susu selama 3 minit.


Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung.
Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kalau guna microwave, keluarkan daripada microwave  dan tambahkan tepung dan tepung jagung.
Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.


Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan  kacau hingga ia meletup-letup.

Untuk yang menggunakan microwave, tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau rata kemudian masukkan semula dalam microwave dan masak semula selama 3 ~ 5 minit lagi


Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla
Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin

Kalau guna microwave sama jugaklah prosesnya seperti di atas.
Kemudian biarkan castard kita ni benar-benar sejuk sebelum kita campurkan dengan whipping cream.


Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk
Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.

Jika menggunakan Whipping Cream Rich kotak Biru seperti di atas, campurkan sekali dan terus putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.

Bila dah siap sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk melapis crep kita ni. Apalagi jom kita mulakan.


Mula-mula, kita potong dahulu kek kita kepada 2 keping.
Ambil sekeping dan letakkan atas lapik kek.
Kemudian ita sapukan permukaan kek dengan perahan jus lemon yang di campur sedikit air.
Tujuannya untuk melembabkan kek dan mengelakkan cebisan kek melekat pada cream.
Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas kek dan ratakan.
Ita suka masukkan cream dalam piping bag dan paipkan atas kek, ianya lebih mudah dan ringkas.
Kemudian kita letakkan sekeping crepe kita tadi
Tekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rata
Kita letakkan lagi sekali cream custard
Begitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe kita tadi.
Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras
* Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep tidak kering
Selepas tu barulah kita deco kek kita tadi mengikut creativiti masing-masing.




MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD

For crepes crust, there are 2 options. You can either choose the one by Elaine or by Cookpad.  I've choosen Elaine's.

CREPE
By : Elaine's
 
140g     Cake flour
20g     Corn flour
80g     Caster sugar
500g   Milk
30g     Butter
4         Egg yolks
1Tsp   Vanilla Essence
Pinch of Salt

1. Combine cake flour and corn flour in a bowl.
2. Add in 1/2 of quantity of milk needed bit by bit as you incorporate it into the flour with a whisk. Keep whisking until a smooth batter is obtained. Set aside.
3. In a separate bowl, whisk egg yolks and sugar with the remaining milk.
4. Pour #3 into #2 bit by bit whilst whisking.
5. Add in melted butter and mix till well combined.
6. Sieve mixture into a bowl.
7. Cover with cling wrap and allow to rest in the fridge for 30 minutes before using the batter.
8. Heat a non-stick frying pan with medium high heat (Gas mark 5).
9. Once the pan is throughly heated, reduce heat to medium low (Gas mark 3).
10. Melt 1 tbsp butter in the heated frying pan and wipe off excess with a kitchen tissue.
11. Using a ladle, spread pancake batter thinly onto the frying pan.
12. Once the pancake starts to "bubble" and the top surface of the pancake starts to firm up, remove immediately from heat. There's no need to fry the other side of the pancake.
13. Place pancake on a clean flat plate. Repeat process with remaining batter. While stacking pancakes, make sure you separate each layer with greaseproof paper to make sure they don't stick together. Allow pancakes to cool.

Vanilla Mille Crepe
By: Cookpad
Source : Dailyclickclick

Ingredients
Crepe
4 eggs
1tbs sugar
a pinch of salt
500ml milk
200g all purpose flour.
1/2 tsp baking powder
2 drops vanilla
40g unsalted butter

filling
200ml whip cream
450ml milk
2 tbs flour
85g sugar
1 1/2 tbs cornstarch
4 egg yolks
2 tbs butter/margarine
vanilla essence

How-to (crepe)
1.sift flour+baking powder together. melt butter and put aside.
2.in a separate bowl, mix eggs + 250ml milk + sugar well. add the flour mixture and amix well until combined. add in vanilla and the rest of the milk,  combine.
3.add in melted butter and mix again. cover and let the batter rest inside the fridge for 30minutes- 2 hours
4.heat a nonstick pan and slightly oil the surface. wipe any excess oil. pour in a ladle full of your crepe batter and spread evenly as thin as possible. cook for 30 seconds and flip the crepe upside down and wait for 10 secs. remove your crepe from the pan and cover with a cling wrap to keep it moist.
5. repeat  until you finish all the batter. you should get around 20 crepes. put the crepes aside to let them cool down.

How- to (filling)
1. make the custard.
-using a heatproof bowl, heat milk in the microwave for 3 minutes. sift in cornstarch and flour , add in sugar and quickly whisk well to avoid lumps . add the egg yolks gradually and combine. put back the bowl of mixture into the microwave and reheat until it gets bubbly. take out and whisk the batter and reheat again. repeat this 3 times for a total of 5 minutes. take out the bowl, and add in butter and vanilla and mix well. leave it to cool .
2.in another bowl, beat cream at medium speed until cream starts to thicken, continue to beat until you get a soft peak.
fold in the cream into the cooled custard until well combined.

Assembling the cake
lay one crepe on a cake base / flat plate and spread the custard filling evenly on the surface. (not to thick) cover the filling with another crepe and repeat until you have used all the crepe. put your cake in the fridge for 3-5 hours to let it set and serve it cool. happy trying!
p/s the key to a good mille crepe is to have the crepes thinner than the cream layers. so that your fork can nicely cut thru it. good luck!


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD

  • KEK MENTEGA MARMAR SUSUAssalamualaikumHari Jumaat datang lagi.. Semoga Jumaat kali ni, memberikan seribu maanfaat pada kita semua, memperoleh rezeki yang barakah dan kebahagiaan yang berpanjan ...
  • Kek Asas 1 Kek Coklat LembabAssalamualaikumTerdapat pelbagai resepi kek span asas yang boleh kita gunakan untuk menyediakan sebiji kek hiasan. Sebenarnya untuk menyediakan kek hiasan kita boleh gun ...
  • Yang enak dan lazat dari pakar masakanAssalamualaikum..Lama rasanya ita tak kirimkan resepi di dapur alam maya ita ni. Sebenarnya kekangan masa dan kesibukan buatkan masa ita cukup terbatas sejak dua menjak ...
  • BLENDED PINEAPPLE CUP CAKEAssalamualaikumSelamat tengahari.. aik.. dah petang dah.. Sekejap aje masa berlalu. Rasa baru aje celik mata dah nak masuk dinihari..Apakah dunia sudah semakin hamp ...
  • KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESEAssalamualaikum buat semua pengunjung setia Masam Manis.Apa khabar semuanya harap-harap sihatlah kan... Musim-musim perayaan ni banyak sangat penyakit yang hinggap.. Ole ...