Jumat, 19 Oktober 2012

LEOPARD CAKE / CHEETAH CAKE

Ke mana hilangnya Azlita????
Waaaa... dah macam tajuk drama pulak kan..
Sebenarnya ita tak ke mana-mana dan tak hilang pun..
Minggu ni minggu peperiksaan bagi anak-anak. Biasalah kalau minggu exam ni mak yang sibuk buat ulang kaji.. anak-anak ??? yaaa adooo..
Macam maknya pulak yang nak exam kan.. ??


Minggu yang sangat sibuk.. semua jadual dah lari.. Exam sekolah kebangsaan bersekali dengan sekolah agama.. pas tu cikgu tusyen pun tukar jadual tusyen jugak.. aduyaii.. penatnya..!! ayahnya pulak tak de out station.. terkejar-kejar lah ita sesorang.. tu yang dapur tak berasap tu.. Masak ala kadar untuk alas perut.. hihi


Tadi dah intai-intai kat Fb kan.. hari ni ita sediakan satu lagi kek yang dah lama nak buat tapi tak menyempat-nyempat nak buat..
Dan akhirnya terlaksana jugak lah hajat nak menyediakan kek ni..
Kek apa??? waaa.. ramainya yang nak tau kek apa..
Sebelum tu ita nak kenalkan dengan seekor  haiwan yang juga hampir pupus.. iaitu harimau bintang.. atau dalam bahasa omputih 'leopard'


Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia.
Harimau bintang biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan roset gelap dan bintik, dan warna lebih cerah di bahagian bawah. Namun terdapat banyak perbezaan dalam subspesies harimau bintang yang berbeza. Terdapat juga harimau bintang yang semuanya hitam, juga dipanggil harimau kumbang hitam.
Asalnya harimau bintang hidup di seluruh Afrika (tapi bukan di Sahara) dan Asia Selatan. Namun hari ini banyak subspesies harimau bintang, terutamanya di Asia, diancam kepupusan, pupus atau hampir mati.
Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat memanjat dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas pokok. Ia selalunya makan mamalia sederhana besar, dan juga burung, reptilia serta serangga. Harimau bintang memburu pada waktu yang berbeza dalam sehari, dan mereka juga menggunakan cara berbeza untuk memburu.
Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan cuba untuk tidak berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya bersama-sama apabila mengawan. Anak harimau bintang meninggalkan ibunya selepas 13 - 18 bulan.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Harimau_Bintang
Gambar : Dari Google


Dulu.. ita ada jumpa anak kucing hutan. Mula-mula ita ingatkan anak harimau bintang.. sebab bulunya, warnannya dan bentuknya macam harimau bintang hihi manalah ita tau kan.. Masa tu ita mengikut suami ita tinggal di Desaru. Rumah ita betul-betul dalam hutan, di kelilingi hutan dan ladang kelapa sawit. Masa tu suami ita jadi pengurus di Johor Deer Farm anak syarikat SEDC Johor. Bayangkan ita tinggal sesorang dalam hutan bila suami ita keluar bekerja. Masa tu Amirul dan Azrul kecil lagi. Kalau tak silap Amirul 2 tahun dan Azrul baru beberapa bulan. eemmm.. bayangkan berani tak beraninya ita waktu itu.. hanya Allah sahaja yang tahu.. dan ita hanya sentiasa bertawakal padanya.. Kalau apa-apa terjadi waktu itu pada ita tak seorang pun yang tau.. kerana nak jerit pun bukannya ada orang dengar..


Pekerja pula kebanyakkan warga Indonesia dan penduduk tempatan. Tapi semuanya belum bekeluarga.. kira orang bujang lah ni..
Satu hari tu, ita ternampak anak kucing hutan ni.. mungkin dia tersesat atau tertinggal dari ibunya. Kecik sangat macam anak kucing, tapi bulunya cantik tau! mulutnya warna merah dan hidungnya warna pink. Kesian tengok anak kucing hutan tu ita ambil bawa balik, tapi sebenarnya tak tau nak jaga macam mana.. tak tau apalah yang dia makan.. Masa tu ita ada bela kucing parsi yang bulu tebal tu.. Kucing tu tengok anak kucing hutan tu pun bulu dia dah kembang ketakutan.. padahal baru anak aje tu.. hihi

Sebabkan ita tak tau nak jaga dan masa tu ita risaukan anak-anak ita takut kalau dia besar dia makan pulak anak ita nanti.. hihi Jadi ita bagilah anak kucing hutan tu pada budak yang sama kerja dengan suami ita tu.. dia sayang betul anak kucing tu sampai bawak tidur dan susukan pakai botol susu. Suatu hari tu adalah pegawai dari Jabatan Haiwan datang, mereka memang selalu datang sebab nak melawat rusa dan macam-macam lagilah yang dorang buat kat ladang rusa tu. Bila diorang dapat tau ada anak kucing hutan, mereka suruh lepaskan sebab salah rupanya tak boleh di bela, kiranya ia adalah haiwan yang terkawal. Budak tu pulak sayang nak lepaskan.. ialah dia dah bela.


Tapi bila kucing hutan tu dah besar sikit dia menghilangkan diri.. Mungkin dia balik semula ke habitatnya.. Tapi ita syukur jugaklah kan budak tu tolong bela, bagi makan kalau tak tentu anak kucing hutan tu dah mati kelaparan.. Sebenarnya susah jugak nak jaga haiwan liar ni.. sebab dia bukan macam kucing biasa..

Ok lah itu cerita dulu-dulu, hari ni ita nak cerita pulak tentang kek Leopard yang ita dah sediakan ni. Resepi kek ni ita ambil di You Tube, resepi dikongsikan oleh Sugarcraftinkeyks.
Resepi kek ni sedap juga, rasanya sedang-sedang aje tak terlalu manis. Kek ni kalau kita makan macam tu aje rasanya macam Butter Cake. Tapi bila kita dah letak topping dan ganache ia dah menjadi sebijik kek yang yummy!


Apa yang uniknya tentang kek ni adalah, corak leopardnya. Sebenarnya bukan semua kek boleh menghasilkan corak sebegini. Adunan kek tidak boleh terlalu cair. Adunan kena stabil dan tidak boleh terlalu gebu macam sponge cake. Kira tekstur kek ni kena padat tapi bila makan keknya gebu juga macam tekstur rainbow cake atau kek marble.

Gelas buluh sumbangan Secondhand Shop  Thank you so much.. I like ^_^

Buatnya tak susah, mudah aje..
Untuk birthday cake macam yang ita buat ni, ita perlukan 1 1/2 aduan kek. Ini bagi menghasilkan 3 keping kek yang tingginya anggaran 2 cm setiap satu keping. Ita bakar kek ni sekeping-sekeping. Jadi tak perlulah nak potong. Ita cuma buangkan kerak atau lapisan atasnya sahaja.

Kalau tak nak buat kek birthday boleh buat kek biasa aje guna 1 adunan sahaja. Untuk cara membuatnya boleh rujuk di You Tube pada link yang tertera di atas tu.. atau boleh ikut cara ita yang akan ita kongsikan di bawah nanti.

Resepi ni ita ada tambah sana sikit.. sini sikit ikut citarasa ita dan keluarga..

Macam mana dah bersedia nak buat..
Jom kita intai-intai resepi..


LEOPARD BIRTHDAY CAKE
By: Sugarcraftinkeyks

240 g unsalted butter
200 g. caster sugar
100 ml. Milk
3 eggs,
250 g plain flour
16 g baking powder


How to make it refer ~ Sugarcraftinkeyks

We place the butter (at room temperature) with the sugar in the mixer. Beat until you obtain a soft mixture then you have to add the eggs one by one. Each time you add an egg you must add a tablespoon of flour too. Next you add the rest of the flour and the baking powder, finally you have to add the milk.

Resepi ni untuk membuat 1 buku kek atau 2 keping kek yang berukuran 8 inc dan ketebalannya 2 cm

240 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
200 gm gula caster
100 ml susu segar atau susu cair
3 biji telur
250 gm tepung gandum
16 gm baking powder
1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh pes oren
sedikit pewarna oren

Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc
Sapu loyang dengan sedikit butter dan lapikkan dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C

Satukan tepung dan baking powder , kemudian di ayak
dalam bekas mixer, satukan mentega dan gula caster
Pukul hingga adunan lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik.
Semasa masukkan sebijik telur masukkan juga 1 sudu besar tepung
Masukkan esen vanilla

Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul dengan kaedah kaup balik
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung
Gaul hingga sebati

Ambil anggaran satu cawan adunan dan letakkan pes oren dan pewarna oren ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggarn 2 cawan adunan letakkan serbuk koko dan coklat emulco ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggaran 1 cawan warna plain ~ tiada warna,  masukkan dalam piping bag


Ambil anggaran 2 sudu besar adunan tak bewarna, ratakan dalam loyang ~ gambar 1
Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan tak bewarna tadi.
Buat lingkaran bulatan ~ kecil hingga besar
Lingkaran ni terpulang lah nak buat berapa lingkar. Boleh buat 5 , 4 atau 3
Lingkaran ni boleh buat 2 line ~ maknanya 1 lingkaran tu kita paipkan 2 kali.

Kemudian kita paipkan pula warna oren, betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
Lingkaran warna oren ni pun buat dalan 2 lingkaran setiap satu bulatan tu, supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.

Kemudian kita ambil warna coklat sekali lagi dan kita paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya. Berhati-hati.

Kemudian kita ambil pula warna plain atau yang tak bewarna tadi, yang kita dah masukkan dalam piping bag, kita paipkan di celah-celah lingkaran tadi ~ rata-rata

Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi, tutup keseluruhan permukaan adunan
Jangan kacau kuat-kuat tau.. perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran di bawah tidak terusik atau terlanggar.

Kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit

Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.

Bila kek dah masak, biarkan 10 minit dan kemudian telangkupkan atas redai dan sejukkan.

Sekarang kita sediakan Ganache Coklat dan Krim Coklat. untuk resepi ni ita masih lagi setia dengan resepi daripada Chef Amer



GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

Mula-mula kita sediakan Ganache Coklat dulu.
Resepi ganache coklat ni banyak ye! kalau nak buat corak macam yang ita buat tu.. buat 1/2 daripada adunan ini sahaja dah mencukupi.
Tapi kalau nak tuang atau curah ganache pada keseluruhan kek boleh buat 1 adunan.

Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu
30 gm sirap glukos
500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya

Bahan Krim Coklat
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml krim putar bukan tenusu ~ ita guna Rich ( Non Dairy Whipping Cream)

Putar whipping cream hingga kembang
Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata


Bila dah siap bahan-bahan ni, bolehlah kita mulakan proses melapis.
Proses melapis ni terpulang lah mengikut cara masing-masing. Macam yang ita buat ni ita gunakan 3 keping kek. Seperti yang ita nyatakan di atas tadi ita buat 1 1/2 adunan kek.

Kek yang telah sejuk tadi, ita buangkan lapisan atasnya yang agak keras
Kemudian ita letakkan kek tadi atas lapik kek
Macam biasa ita akan basahkan atau pancitkan sedikit jus lemon ( jus lemon + sedikit air) di atas permukaan kek supaya kek lembab dan serbuk kek tidak menganggu proses kita melempa kek kita nanti.
Ita masukkan Krim Coklat dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Kemudian letak lapisan yang seterusnya dan buatklah kaedah yang sama seperti lapisan yang pertama tadi
Bila dah siap setiap lapisan
Salutkan keseluruhan kek dengan Krim dan simpan kek dalam peti ais

Selepas tu bolehlah nak deco kek ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.


Selamat Mencuba!! ^_^

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : LEOPARD CAKE / CHEETAH CAKE

  • TIRAMISU MILLE CREPEAssalamualaikumhaii....Selamat pagi semua..Apa khabar semua pagi ni..?Semoga sihat dan sentiasa ceria-ceria selalu..Sekarang musim hujan aje kan..Malam tadi di area ruma ...
  • KEK LAPIS DWI BERRYAssalamualaikumSelamat sejahtera kepada semua rakan-rakan sekalianSekejap aje kita dah pun nak meninggalkan bulan ShawalTerasa cepat sangat masa berlalu dan tak lama lag ...
  • BLENDED PINEAPPLE CUP CAKEAssalamualaikumSelamat tengahari.. aik.. dah petang dah.. Sekejap aje masa berlalu. Rasa baru aje celik mata dah nak masuk dinihari..Apakah dunia sudah semakin hamp ...
  • KEK KUKUS ASAM MANISAssalamualaikumSatu lagi resepi kek yang akan ita kongsikan hari ini, masih lagi dari koleksi buku resepi Jamuan Kek dari Chef Zubaidah. Seronok pula bila mencuba resepi ...
  • CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIESAssalamualaikum..Selamat malam, dah nak tidur ke?Jangan lah tidur lagi, jomlah kita makan brownies dulu.. sambil lepak-lepak depan TV.Wo wo wo sedap wooo.. brownies ni.. ...