Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia..
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Lewat pula Jalur Gemilang berkibaran di Masam Manis.
Maaf tuan rumah teramat penat.. hihi dan bila dah lama tak berblog, nak kembalikan semula semangat dan mood tu ambil masa sikit.. biasalah enjin lama.. kenalah panas-panas kan dulu.. ^_^
Walau bagaimanapun sambutan kemerdekaan tahun ni lagi meriah kan.. ?? pulak bila ianya masih lagi berada di dalam musim perayaan.
Apa erti kermerdekaan bagi kita anak-anak selepas merdeka???
Yang utama kita merdekakan diri kita dan minda kita dari di jajah..
Masih lagi dalam mood berhari raya.. Sana sini dapat jemputan rumah terbuka. Bertambah-tambah bila bulan ni banyak pula cuti, ramailah yang merebut peluang untuk melansungkan majlis perkhawinan.
Kepada bakal raja sehari atau pun yang telah pun melayari gerbang perkhawinan, selamat pengantin baru daripada ita di Masam Manis. Layarilah bahtera perkhawinan yang baru di bina dengan penuh kesabaran dan keimanan.. Semoga rumahtangga yang di bina kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...
Hari-hari dok makan 'open house', sesekali nak bertukar selera kan?? Jom kita pekena ikan bakar di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka. Tempat makan yang cukup popular bukan sahaja bagi warga tempatan bumi Hang Tuah ni.. tapi turut di banjiri warga kota yang turun dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura.
Sebenarnya semalam ita ke Tangkak, menghantar Amiru pulang, bila nak balik tu.. suami kata jom kita pekena ikan bakar.. Apalagi.. sudah semestinya Umbai lah yang menjadi sasaran kita.
Dah selalu sampai ke sini pun masih sesat-sesat lagi.. uik.. nampak sangat dah semakin menghampiri kilauan emas.. haha
Suka sangat makan kat sini, selain harganya yang berpatutan, layanan yang sangat baik, menu masakan yang pelbagai citarasa, lokasinya yang strategik dengan pemandangan Selat Melaka dan hutan bakau di gigi air adalah antara faktor utama mengapa Medan Selera Parameswara, di Umbai Melaka ni menjadi sasaran pencinta makanan setiap hujung minggu.
Kepada yang belum berkesempatan berkunjung ke sini, apakata sesekali kita bertukar angin cuba pula air tangan warga Melaka.. Pasti menjilat jari.. Yummy!!
Ita cuba dapatkan lokasi dari Google Map tapi tak boleh pulak nak copy. Di bawah ni adalah lokasi yang di kongsikan oleh adik Stormz, terima kasih ye dik!
Ikan Bakar Parameswara,
Medan Ikan Bakar,
Pangkalan Pernu,
Umbai 75460
Melaka.
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin