Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua rakan-rakan yang masih tak jemu-jemu berkunjung ke teratak ita ni..
Ada yang berpuasa hari ini?
Kepada yang berpuasa selamat meneruskan ibadah puasa..
Kepada yang belum mandi tu.. gi laaa.. mandi dulu..
Yang belum sarapan.. gi lah sarapan dulu.. ye..
Dan kepada yang sedang bertugas.. selamat bertugas.. jangan curi-curi tulang ye.. nanti bos marah pulak!!
Apa menu sarapan anda pagi ni.. ?
Yang berat atau yang ringan?
Nasihat ita.. amboiii.. macam pandai aje nak nasihatkan orang.. hihi
Tak de lah kita ingat-mengigati.. tak salah kan..
Kepada yang rasa badan dah berat aje selepas beraya ni.. ambil lah makanan yang ringan-ringan.. kurangkan yang berlemak dan tinggi kandungan kolestrolnya..
Kalau yang badan macam ringan aje.. kalau macam angin tiup rasa nak tumbang aje tu.. ambillah yang berat-berat sikit.. biar berisi sikit badan tu.. baru lah nampak comel lote.. tak gituuu..
Kalau sebut aje ubi kayu pasti kenangan kita seakan tersingkap lembaran buku Sejarah Melayu, yang mana di masa kedatangan tentea Jepun dalam perang dunia ke 2. Masyarakat kita di Tanah Melayu ini dikatakan semuanya makan ubi kayu kerana dikatakan sukar mendapatkan makanan lain pada waktu itu.
Kenangan itu seringkali diceritakan oleh atuk ita pada ita sewaktu arwah masih hidup. Ketika atuk ita sibuk mencucuk batang-batang ubi kayu di atas batas, mulutnya rancak bercerita akan kepayahan yang beliau harungi sewaktu kedatangan Jepun di Tanah Melayu.
Bagi kita generasi selepas kemerdekaan ni.. mungkin tidak melaluinya..
Anak-anak sekarang kalau sebut ubi kayu semua geleng kepala.. Yang suka dimakan hanyalah kerepek ubi .. Kalau ubi rebus semua mencebikkan bibir.. amboiii..
KHASIAT UBI KAYU
Apa khasiat ubi kayu yang sebenarnya..
Ubi Kayu, ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Ubi kayu termasuk tumbuhan berbatang pohon lembut atau mudah patah. Ubi kayu berbatang bulat dan bergerigi yang terjadi dari bekas pangkal tangkai daun, bagian tengahnya bergabus dan termasuk tumbuhan yang tinggi.
Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.
Ubi kayu boleh mencapai ketinggian 1- 4 meter. Pemeliharaannya mudah dan produktif. Ubi kayu dapat tumbuh subur di daerah yang berketinggian 1200 meter di atas permukaan air laut. Daun ubi kayu memiliki tangkai panjang dan helaian daunnya menyerupai telapak tangan, dan tiap tangkai mempunyai daun sekitar 3-8 lembar. Tangkai daun tersebut berwarna kuning, hijau atau merah.
Ubi kayu merupakan sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia dimana ianya menjadi hidangan lebih kepada 500 juta penduduk dunia secara keseluruhan.
Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis.
KARAMEL UBI KAYU
Bahannya
2 batang ubi kayu dikupas dan di potong memanjang 3 cm
secubit garam
air secukupnya untuk merebus ubikayu
1/3 cawan gula
1/3 cawan air panas
Cara-caranya
Rebus ubi kayu bersama air dan garam hingga empuk
Kemudian toskan airnya.
Dalam kuali, panaskan gula hingga keperangan
Tambahkan air panas dan biarkan ia melarut dan sedikit pekat
Masukkan ubi dan kacau hingga ubi bersalut rata dengan gula.
Kuah Santan
100 ml santan pekat
100 ml air
secubit garam
2 sudu kecil tepung beras
Satukan semua bahan dan masak atas dapur hingga kuah santan sedikit pekat
Cara penyediaan
Susunkan ubi atas piring
Tuangkan kuah santan dan sedia dinikmati.
Khasiat Ubi Kayu
Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ubi_kayu
http://bilaakumenulisblog.blogspot.com/2010/06/khasiat-ubi-kayu.html
http://nurulnps.blogspot.com/2012/04/khasiat-ubi-kayu.html