Minggu, 02 September 2012

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE



Assalamualaikum buat semua pengunjung setia Masam Manis.
Apa khabar semuanya harap-harap sihatlah kan... Musim-musim perayaan ni banyak sangat penyakit yang hinggap.. Oleh itu sentiasa awasi pemakanan kita.. jangan makan berlebih-lebihan hingga membawa padah pada tubuh badan sendiri..

Kalau pergi makan open house tu.. beringat-ingat lah ye.. makanan yang tuan rumah sediakan memang semua lazat-lazat dan membuka selera..


Dah lama rasanya ita tak sediakan kek untuk tatapan pengunjung setia Masam Manis. Ialah bulan puasa kita dah tak buat kek. Kalau buat pun tak de siapa yang nak makan.. maklumlah bulan puasa.
Kebiasannya ita buat kek 2 hari sebelum Hari Raya, tapi bergantung pada keknya jugak lah kan.. samaada ia tahan lama atau tidak. Biasanya kek lapis tu tahan lama sikit. Kandungan gula yang banyak dalam kek lapis buatkan kek tu tahan berminggu-minggu.. sampai ada yang tahan berbulan-bulan.. hihi kalau tak di makan.. lah kan..

Jika kek kukus pula ia tak tahan lama. Paling lama 3 hari. Kalau lama sangat nanti ia dah tak sedap. Rasanya juga dah lain. Lebih-lebih lagi jika kek yang di letakkan Cheese. Warna cheese akan cepat berubah jika di sampan lama. Memang perlu segera di habiskan atau kalau rasanya tak ramai yang makan silalah kurangkan sukatan adunan kek tu.. supaya tidak berlaku pembaziran.


Hari ni, ita kongsikan satu lagi resepi kek yang mudah dan cepat aje penyediannya. Sesuai untuk nak menjamu tetamu pada musim perayaan ni. Rasanya juga sedap dan kek pun lembut dan moist.
Tapi kek ni, ada kandungan cheese, oleh itu ia tak boleh simpan lama sangat tau! dan haruslan simpan dalam peti ais untuk mengelakkan cheesenya tu cepat rosak atau berkulat.

Resepi di kongsikan oleh sahabat ita Yatie. Terima kasih ye Yatie, kerana sudi kongsikan resepi kek yang mudah dan sedap ni.

Ita buat kek ni atas permintaan anak bujang ita yang minta buatkan kek untuk jamua Hari Raya di asramanya.  Adalagi beberapa kek dan kukis yang ita sediakan, yang tu nanti ita kongsikan pada N3 yang lain pula ye..


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: Yatie

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.







Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

  • Kek Asas 1 Kek Coklat LembabAssalamualaikumTerdapat pelbagai resepi kek span asas yang boleh kita gunakan untuk menyediakan sebiji kek hiasan. Sebenarnya untuk menyediakan kek hiasan kita boleh gun ...
  • CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIESAssalamualaikum..Selamat malam, dah nak tidur ke?Jangan lah tidur lagi, jomlah kita makan brownies dulu.. sambil lepak-lepak depan TV.Wo wo wo sedap wooo.. brownies ni.. ...
  • KEK KUKUS ASAM MANISAssalamualaikumSatu lagi resepi kek yang akan ita kongsikan hari ini, masih lagi dari koleksi buku resepi Jamuan Kek dari Chef Zubaidah. Seronok pula bila mencuba resepi ...
  • PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING AssalamualaikumApa khabar-khabar  buat semua pengunjung Masam Manis. Semoga sentiasa tersenyum dan ceria selalu.Alhamdulillah ita dah pun sihat daripada demam, cuma ...
  • KEK LAPIS KEJU COKLATAssalamualaikum..Alahaiii.. lambat pulak ita masukkan N3 hari ni.. Tadi kawan ita  pun dah call, tanya.. "mak cik.. mana ni resepi tak masuk lagi.. " hihi sebenarny ...