Dah tidur ke??
Malam masih awal lagi kan..
Apa kata kita singah sebentar ke Kopitiam, sambil lepak-lepak kita pekena secawan kopi , buat penghilang mengantuk!
Malam ni ita nak bawa sekali lagi anda semua bersiar-siar di bandar Johor Bahru. Apa yang bakal ita kenalkan kali ini adalah restoran Kopitiam yang pertama dan tertua di Johor Bahru.
Restoran yang di usahakan oleh keluarga Chiang ini di katakan memulakan perniagaannya pada awal tahun 50an. Restoran yang dikatakan telah berusia lebih daripada 60 tahun ini masih terus bediri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan restoran Kopitian yang sekarang ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Kedai makan 2 tingkat ini di katakan di bina pada tahun 1948, dan majoriti pelangannya adalah bangsa Eropah yang bertugas sebagai pegawai kerajaan di Bangunan Sultan Ibrahim pada ketika itu. Mereka biasanya akan makan di sini bersama keluarga dan rakan -rakan. Oleh kerana itu kebanyakkan makanan yang di jual atau di sajikan adalah makanan wastern dan menu utama yang mejadi kesukaan pelanggan adalah Hainanese Chicken Chop, selain menu tempatan dan kopitianm.
Apa yang menarik dan istimewanya kedai ini, mereka masih lagi mengekalkan bangunan lama dengan dekorasi kolonial era 50an. Gantungan gambar-gambar lama di dinding mengamit nostalgia ketika kita menghirup secangkir kopi.
Ketika kaki melangkah ke tingakt atas, terasa kayu pemegang tangga sangat halus dan licin, mungkin kerana telah berabad lamanya di gunakan. Tapi sayangnya banyak kerusi meja yang telah ditukar kepada kerusi besi dan plastik, mungkin kerusi meja lama telah usang atau uzur yang membuatkan pemilik restotran menukar kepada yang sedia ada.
Pada masa ita berada di restoran ni, pelanggan sangat ramai sehingga ada yang terpaksa berdiri menunggu giliran untuk mendapatkan meja. Restoran ini di katakan beroperasi bermula seawal 8 pagi dan berakhir lewat 6 petang.
Jika anda berada di restoran ini pasti anda akan terpersona melihat mereka masih lagi menggunakan takal untuk membawa naik makan yang di pesan pelanggan dari tingkat 1 ke tingkat 2.
Kepada anda yang teringin merasa menikmati secangkir kopi seperti berada di era 60 an, jangan lupa untuk singgah ke Restoran Hua Mui yang terletak di No 131 Jalan Terus, Johor Bahru.