Jumat, 03 Agustus 2012

BISKUT SEMPRIT PELANGI


Sewaktu google resepi, tiba-tiba ita terpandang biskut ni..
Biskut yang banyak memori dan nostalgia yang tak pernah terpadam..
Teringat akan emak dan abang..
Abang ita cukup suka makan biskut ni.. Setiap kali Hari Raya pasti mak akan buatkan biskut ini untuk abang.. Inilah satu-satunya biskut raya yang amat abang sukai..


Hari tu abang berlari-lari masuk ke rumah..
Bau haruman biskut yang melintuk-lintuk dari celah jendela, membuatkan abang menjengah ke dapur..
"mak buat biskut yah ye?" tanya abang
"tak lah.. akak yang buat.." jawab mak perlahan
"akak buat biskut yah ye? tanya abang lagi..
" malas lah.. " jawab akak acu tak acu sambil tekun menyusun kuih tart ke dalam balang.
" mak buat lah biskut yah... " abang mula merengek..
" mak sakit tangan lah bang.. mak baru lepas giling lada, pedih jari mak ni.. " kata mak sambil tangannya mengurut jari-jari yang pedih dan bengkak dengan minyak..
Sebesen besar lada di atas meja yang baru di giling mak.. batu giling itulah pembantu setia mak di dapur sejak zaman berzaman..
" mak tak sayang yah.." abang terus berlari keluar..
Mak melihat kelibat abang dengan ekor mata...


Kemudian mak bangun.
Mak keluarkan tepung dan margerin dan mula menguli doh..
" layankan lah anak kesayangan mak tu... " kata akak geram
" semua anak mak sayang..." jawab mak perlahan..

Mak mengambil tudung periuk, mak masukkan doh ke dalam acuan. Dengan muka yang berkerut-kerut mak menekan doh.. Ku lihat peluh menitik-nitik di dahi.. mungkin mak menahan kesakitan..
Sesekali mak mengoyang-goyangkan jarinya.. " aduh... pedih!! "  terdengar mak berbisik.

Petang tu abang tak pulang lagi..
Mak mula risau kalau abang merajuk..
Mak takut kalau bak balik,  abang tak balik lagi..
Pasti teruk abang di belasah oleh bak..
Sesekali mata mak menjeling ke jarum jam yang berputar..
Rasa-rasa mahu sahaja mak menahan jarum jam dari berputar terus..
Mak menjengah ke luar jendela..
Sesekali terdengar mak bertanya pada kanak-kanak yang lalu lalang depan rumah..

Azan Magrib, sudah hampir berkumandang..
Tiba-tiba mak tersenyum..
Ku lihat abang dah bersimpuh di atas tikar menunggu waktu berbuka..


Selepas berbuka, mak menghulurkan sebalang biskut semprit kepada abang..
" ni abang punya " kata mak sambil tersenyum
" sayang mak" kata abang sambil mulutnya tak putus mengunyah biskut semprit yang rangup!

" makan aje tau.. " kata akak cemburu
" bukan akak yang buat.. " balas abang..
" nanti kalau yah dah besar, yah nak cari isteri yang pandai masak macam mak" kata abang bangga.
Mak hanya tersenyum memerhati gelagat anak-anak..


Hari tu.. ita sekeluarga beraya ke rumah abang..
Cantik!  rumah abang, bersih dan kemas. Balang kuih penuh tersusun di atas meja..
Macam-macam kuih ada..
Tiba-tiba mata terpandang pada sebalang kuih semprit..
Teringat janji abang pada mak.. bertuah abang dapat isteri yang pandai mengemas dan pandai memasak..
" sedap kuih semprit ni.. pandai kak Yatie buat! "
" eeemmm... mana ada kuih tunjuk-tunjuk aje tu.. malas lah akak nak buat.. buat sakit tangan aje..."

Kesian abang.. sampai ke sudah tiada siapa yang nak buatkan kuih semprit kesukaannya... ^_^


BISKUT SEMPRIT PELANGI

250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka

Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka

Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

* jika nak buat yang pelangi, masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan, jika guna acuan semprit yang tekan guna jari


SALAM RAMADHAN

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : BISKUT SEMPRIT PELANGI

  • THE FAMOS AMER CHOCOLATE CHIPS COOKIES AssalamualaikumPejam celik pejam celik kita dah pun berada di minggu terakhir bulan Ramadhan. Kira kalau kita masuk pertandingan lumba lari, ini dikira minit-minit terak ...
  • BISKUT TOPIAssalamualaikum, dan selamat sejahtera buat sahabat-sahabat ita di luar sana..Alhamdulillah kita masih lagi berada dalam bulan Ramadhan.Bagaimana kesihatan kawan-kawan i ...
  • BISKUT BUNGA CINAAssalamualaikumRamai yang merungut, "kak ita buatlah biskut yang mudah dan simple.."Ok hari ni ita tunjukkan biskut yang paling mudah dan paling simpleBuat pun senang, d ...
  • CHICKS SUGAR COOKIESAssalamualaikumAnak lah ayam..Anak ayam turun sepuluh..Mati seekor..Mati seekor..Di makan Dalili.. Tinggal lah sembilan...ya a aw.. ya a awAmboiii... menyanyi-nyany ...
  • MAMA CAREYAssalamualaikum.Selamat petang semua..Hari ni lambat sikit bersiaran..  dah petang baru dapat nak masukkan biskut yang ita buat untuk Hari Raya ni.Hari ni busy siki ...