Assalamualaikum
Ramai yang merungut, "kak ita buatlah biskut yang mudah dan simple.."
Ok hari ni ita tunjukkan biskut yang paling mudah dan paling simple
Buat pun senang, dengan bahan yang cukup simple .. semua ada di dapur rumah anda..
Tapi pastikan anda juga memiliki acuan khas yang diperlukan untuk membuat biskut ini..
Biskut Bunga Cina, adalah biskut orang lama..
Biskut yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.. cuma cair di mulut... hehe
Biskut Bunga Cina dan Biskut Bunga Dahlia adalah dalam kategori biskut yang sama, bentuk dan cara pembuatannya juga adalah sama. Cuma sedikit perbezaan biskut bunga Cina kebiasannya berwarna putih bersih, manakala biskut bunga Dahlia pula berwarna kuning.
Faktor yang membezakan antara kedua-dua biskut ini adalah penggunaan tepung yang berbeza. Biskut bunga Cina menggunakan tepung jagung manakala biskut bunga Dahlia menggunakan tepung kastard. Oleh kerana itu warnnya kuning..
Biasanya biskut ini di gemari orang lama.. Jenerasi baru terutamanya kanak-kanak kurang mengemarinya..
Sebenarnya ita juga kurang meminati biskut bunga Cina ni, mungkin rasanya yang macam tepung sahaja dan tiada bahan tambahan lain yang menarik selera membuatkan ita tak berapa gemar..
Biskutnya yang cair di dalam mulut dan mudah melekat di langit-langit dan celah-celah gigi, membuatkan ita tak berapa selesa bila makan biskut ni.. lepas makan mesti nak gosok gigi.. kalau beraya kat rumah orang tak kan ita nak bawa berus gigi pulak! jadi ita elakkan makan biskut yang macam ni bila beraya.. kalau tak... mau habis se jug air ita minum.. hihi
Masa ita kecik-kecik dulu ita panggil biskut ni 'biskut atuk'
Sebab atuk ita cukup suka buat biskut ni..
Lagi satu biskut ni tak perlukan gigi untuk mengigitnya... hehe sebab tu ita kata biskut atuk kerana atuk ita tak de gigi.. haha
Ita ni masa kecik boleh tahan juga cerewetnya.. oleh sebab itu ita selalu juga di sakat oleh atuk.. Bila beraya ita di suruh makan biskut bunga Cina ni.. kalau tak makan ita tak dapat duit raya.. tapi kerana ita ni jenis yang boleh tahan juga degilnya.. kalau ita tak suka jangan harap lah ita nak makan.. tak dapat duit raya pun tak apa.. ^_^
Atuk ita ni seorang yang sangat teliti dan cukup cerewet juga.. sebab tu turun temurun kat cucu dia ni.. Kalau berjalan dan berdandan.. macam anak dara.. aje ita tengok lagaknya.. Atuk ita suka bersangul.. orang Johor dulu-dulu memang suka bersangul dan mengenakan selendang panjang.. Bila bersangul tu pasti akan terselit bunga di sanggulnya.. selain bunga kenanga, cempaka dan ros, bunga Cina juga selalu terselit di sangulnya...
Masa dulu-dulu, mana ada sampul duit raya..
Tapi atuk ita, dia lain sikit, dia akan letakkan duit raya pada sapu tangan, dia akan ikat duit tu di hujung sapu tangan yang kecil macam dalam gambar ita tu.. Biasanya sapu tangan tu berbunga-bunga kecil.. Dan dia akan berikan duit raya kepada cucunya dengan sapu tangan tu.. unik kan.. !!
Begitulah atuk ita.. seorang yang sangat cerewet dan terlalu menjaga adat..
BISKUT BUNGA CINA
Resepi olahan daripada resepi : BISKUT BUNGA DAHLIA
By : Kak Wan
250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur
Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi
Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna pink ~ jika suka
sedikit putih telur
Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari
Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink ~ jika suka
Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
Panaskan oven pada suhu 140 C
Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih
Tekan adunan di atas dulang pembakar
Buat sehingga habis adunan
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
Letakkan ceri merah di atasnya
Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna
Resepi biskut bunga Cina ni ita ambil dari dapur kak Wan. Resepi asal yang kak Wan kongsikan ialah Biskut Bunga Dahlia. Ita tukarkan tepung kastard kepada tepung jagung untuk dapatkan resepi bunga Cina ni..
Ita letakkan sedikit warna pada sedikit adunan untuk dapatkan warna yang lebih menarik pada biskut ni..
Kalau yang suka warna asal putih mulus tu.. tak payah lah letak pewarna. Kalau ikut resepi orang dulu-dulu, tiada penggunaan tepung Red Rose dalam resepi. Tapi penggunaan tepung Red Ros membuatkan biskut lebih rapuh..
Terima kasih ita kepada kak Wan yang sentiasa tidak lokek berkongsi resepi dan tips memasak, dan kepada kawan-kawan selamat mencuba!
SALAM RAMADHAN