Minggu, 08 Juli 2012

TELUR IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS SAWI JERUK ASIN





Selamat tengahari semua..
Dah makan ke?
Hari ni ita posa jadi tak masak untuk makan tengahari, mungkin masak lewat sikit.. petang sikit kot.. Lauk ni ita masak semalam. Semalam masa ita pergi pasar, nak carilah ikan. Nampak banyak sangat ikan parang kat pasar. Musim ikan parang ke?? Ita ni suka ikan parang, tapi masalah sikit kalau nak masak kerana ikan parang ni banyak tulang. Kalau makan pasti berjam-jam sebab nak bersihkan tulang tu kalau tak... tak pasal-pasal pulak tercekik tulang. Lagi pula bila kita masak yang paling utama ita kena mudahkan anak-anak untuk makan, kalau ikan tu banyak tulang payah lah anak-anak nak makan.


Untuk itu, ita lebih suka beli ikan tenggiri atau ikan merah. eeemmm.. sebab mudah tak payak nak siang, sebab pak cik kat pasar tu dah tolong siangkan.. kan mudah jimat masa.. hihi
Masa nak cari ikan di pasar semalam, hanya ada satu gerai aje yang menjual ikan tenggiri. Ikannya pulak besar mak aiii.. berapa hari nak habis kalau beli seekor ni.. Kebetulan masa ita dok pilih tu datanglah sorang kakak tu.. nak beli ikan tenggiri jugak. katanya nak buat laksa. Apa kata ikan yang sekor ni kita bahagi 2 akak ambil separuh ita ambil separuh. Kakak tu pula nak bahagian ekor, dan ita ambil lah bahagian kepala. Bila di potong adalah pulak telur ikan di dalamnya.. rezeki ita lah tu..


Sebenarnya ita ni tak pernah makan telur ikan, tapi suami ita suka. Telur ikan ni pulak besarnya boleh tahan jugak. Mula ita nak potong kecil-kecil , suami ita pula tak kasi, katanya takut hancur dalam gulai nanti. Jadi ita pun masak lah sebiji terus cam tu..

Ita tak makan pun telur ni, suami ita makan sorang aje tau! huhu nak merajuk gi batu belah batu bertangkup lah.. sebab kempunan tak dapat makan telur ikan huaaaa.....

Telur ikan ni ita masak asam pedas lada hidup, ita letak sawi jeruk asin sebab ita memang suka kalau asam pedas letak sawi jeruk asin. Rasa-rasa orang Johor memang suka asam pedas letak sawi jeruk ni.. Makan dengan nasi panas.. emm..


TELUR IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS SAWI JERUK ASIN

Telur ikan secukupnya ~ dicuci bersih dan toskan airnya
1 pokok sawi jeruk ~ di hiris dan rendam sekejap, toskan

8 batang cili merah ~ dikisar
8 biji bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3/4 inci kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar kisar
1/2 inci lengkuas ~ dikisar
1/2 inci belacan ~ dikisar

3/4 cawan jus air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 kiub ikan bilis ~ jika suka

Pijarkan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan masak hingga garing, harum dan terbit minyak.
Tuangnkan air asam jawa dan masak hingga didih. Jika kuahnya pekat tambahkan air secukupnya.
Perasakan dengan garam dan gula.
Bila kuah dah mendidih masukkan ikan dan sawi jeruk asin
Masak hingga telur empuk, siap di hidangkan.


 


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : TELUR IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS SAWI JERUK ASIN

  • Joget PahangMelenggang Hai melenggang dengan tari lenggangKalau baik hati nanti orang pun sayangDari Melaka ke negeri Pahang Singgah di Johor beli beranganKami ucapkan selamatl ...
  • IKAN PARANG SANTAN BERLADAAssalamualaikumIKAN PARANG SANTAN BERLADA3 keping ikan parang ~ di cuci bersih1/2 cawan lada kering ~ direndam dan cuci bersih6 ulas bawang merah ~ dikisar3 ulas bawang ...
  • KERUTUP IKAN ALA JOHORAssalamualaikumAlhamdulillah, semalam kita telah pun melewati malam Nisfu Syaaban. Nisfu dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaba ...
  • KETARAP MASAK ASAM PEDAS BEREMPAHAssalamualaikumPernah nampak ikan ni?Inilah ikan ketarap atau ada yang memanggilnya ikan bayan. Bapa ita pula mengelarnya ikan becuk. Ikan ini merupakan ikan yang cukup ...
  • CLASSIC TOM YUM / TOM YUM SANTANAssalamualaikumTom yam adalah nama bagi dua hidangan sop yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi Di Raja Lao memasukkan secubit nasi di dalam sop, sement ...