Jika pagi tadi ita dah sediakan lauk kerutup Ikan Ala Johor. Ini pula sayur sampingan yang ita gandingkan dengan lauk tersebut. Rumah ita ni sememangnya kerap juga memasak sayur kerana suami ita ni suka makan sayur. Anak-anak pula kurang minat. Sayur yang mereka suka hanyalah sayur kubis dan taugeh. Masaknya pula hanyalah di goreng kering bersama udang, ikan bilis atau cuma di goreng bersama bawang. Mudah je kan selera anak-anak ita.. Cuma kadang kala ita pula yang terasa bosan asyik masak lauk yang sama. Payah juga kita nak merubah selera anak-anak. Kalau mereka tak suka, memang payahlah mereka hendak menjamah.
Begitulah juga dengan lauk yang ita masak ni.
Sebenarnya masa ita jalan kat pasar ita nampaklah sayur taugeh yang kasar-kasar ni. Nampak segar aje taugeh tu. Menurut apek yang menjual tu, taugeh ni di buat menggunakan kacang soya berbanding dengan taugeh biasa yang menggunakan kacang hijau. Kerana nak sangat merasa, ita pun belilah sedikit untuk di jadikan hidangan. Alkisahnya suami ita tak berapa gemar taugeh yang kasar ni, katanya tak berapa sedap kerana kepala taugeh yang keras dan batangnya juga agak keras berbanding taugeh biasa. Pada ita OK aje!
Nak jadi cerita terpaksa lah ita habiskan sayur taugeh ni.. apalah nasib..!!
Ita masak yang ringkas aje. Masak goreng-goreng yang macam biasa selalu ita masak. Yang penting atas meja tu mesti ada sayur. Ok lah jom kita intai-intai resepi yang mudah dan ringkas ni.
TAUGEH SOYA GORENG KERING
300 gm taugeh ~ di bersihkan
3 keping tauhu ~ di goreng kemudian di potong dadu
1 sudu besar ikan bilis atau udang kering ~ di tumbuk halus
50 gm daun bawang ~ di mayang
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 kiub ikan bilis ~ jika suka
Garam secukup rasa
Panaskan sedikit minyak dalam kuali
Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga harum
Tambahkan sedikit air dan masukkan kiub ikan bilis masak hingga kuah sedikit kering
Masukkan tauhu, taugeh, hirisan cili merah, daun bawang dan kacau rata.
Perasakan dengan garam
Sedia dihidangkan.



