Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung yang sentiasa ceria menemani dapur Masam Manis. Semoga minggu baru kita ini memberikan kita satu nafas baru untuk meneruskan lagi kehidupan kita sebagai hambanya di atas bumiNya ini..
Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas dan dapat meneruskan ibadah puasa kita pada minggu yang ke dua ini. Semoga kita semua di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah rahmatNya.
Dua hari bercuti, waaaa... seronok bukan main lagi kan??
Ada yang dah mula buat persiapan Hari Raya, ada yang merebut peluang berbuka puasa di luar bersama keluarga tersayang dan tak kurang juga yang bersinsing lengan di dapur menguli tepung.. nak buat kuih raya lah tu.. ^_^
Sedapnya bau.. kuih di bakar.. melintuk-lintuk di tiup angin hingga mencuri-curi masuk di celah jendela rumah..
Banyak dah buat kuih Raya?
Cuti 2 hari semalam memberi ita kesempatan untuk membuat kuih raya. Kebetulan suami ita tiada di rumah jadi ita tak masaklah untuk berbuka 2 hari ni.. hihi dapat lah ita rehat.
Ita hanya belikan untuk Dalili sahaja apa yang dia nak makan.. Untuk ita sekadar alas perut aje.. Ita ni kalau buka minum air aje dah kekenyangan..
Kuih raya pertama ita buat mestilah raja segala kuih raya iaitu kuih tart. Kuih raya yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan mesti ada pada setiap kali menyambut lebaran.
Kuih Tat Nanas merujuk kepada kuih Tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi kuih tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Sesetengah orang meletakkan tat nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya.
Kuih tat nanas merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura.Ia merupakan kuih yang paling mendapat sambutan terutamanya pada Hari Raya.
Biasanya kuih tat nanas dibuat hanya pada musim perayaan seperti Hari Raya dan kurang laku pada waktu biasa.
Kuih tat nanas disediakan dengan menggunakan adunan tepung dan margerin yang diadun bagi membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek. Selepas dicanai, ia di terap dengan acuan khas, jem nanas akan di gentel bulat dan di letakkan di tengah-tengah. Ada juga yang mencanai dengan pengolek bergigi untuk mendapatkan bentuk gerigi atau memasukkan ke dalam acuan semprit . Kemudian jam nenas diletakkan ditengah-tengah dan adunan doh tersebut akan digulung agar jem terletak ditengah-tengah adunan. Selepas itu ia dipotong menurut ukuran yang dikehendaki. Sebagai hiasan akhir, kuning telur akan disapu pada bahagian atas bagi memberi warna kekuningan keemasan. Saiz kuih tat nanas ini biasanya dianggar semuat satu suapan agar mudah ia dimakan.
Kini tart nenas semakin berubah wajah, setiap tahun ada sahaja design baru yang muncul untuk menarik perhatian pembeli.
Tart Nenas Teratai antara koleksi terbaru tart nenas bagi tahun 2012. Ita membuat tart ni selepas ternampak di blog Chef Asma. Melihatkan hasil kejadiannya yang memikat, membuatkan ita tak sabar untuk memulakan projek mengukis ita..
Dan inilah kuih raya pertama ita untuk tahun ini. Kuih yang merupakan kuih kesukaan anak ita Dalili.
Ita masih lagi menggunakan resepi dari Kak Anim dan ita pernah kongsikan dahulu di SINI.
Terima kasih sekali lagi kepada kak Anim atas perkongsian resepi. Semestinya ia menambat selera kami sekeluarga.
TART NENAS TERATAI
by: Kak Anim
Idea ilham : Chef Asma
4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam 1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
air sejuk
Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
JAM NENAS
by: Kak Anim
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau.
SALAM RAMADHAN
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_Tat_Nenas