Kamis, 26 Juli 2012

Senangnya berbuka puasa Masam Manis....


Assalamualaikum,
Bertemu kita di pagi Jumaat yang barakah dan bertambah barakah lagi ianya adalah pada bulan Ramadhan yang mulia.
Semoga pagi ini kita berada dalam rahmat Allah dan sentiasa sihat dan ceria menjalani kewajipan kita sebagai hambaNya..


Apa khabar sahabat-sahabat ita di luar sana, doa ita sentiasa mengiringi kalian semoga sentiasa tampil sihat dan bersemangat melalui setiap tugasan dan tanggungjawab yang di amanahkan..
Rasa-rasa ramai yang dah mula terasa-rasa nak bercuti.. tak sabar nak menunggu penghujung minggu. Banyak aktiviti yang nak di buat pada cuti esok hari kan??

Ada yang dah nak mula buat kuih raya, tak kurang juga yang merebut peluang cuti hujung minggu untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya. Nak beli baju anak-anak, ada yang nak cari kain untuk buat langsir.. atau keperluan lain untuk memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri.
Walaupun raya setahun sekali tapi jangan lah sampai kita terpaksa berbelanja berlebih-lebihan, sambutlah ianya dengan meriah dan sederhana..


Hari ni, ada beberapa persoalan yang harus ita huraikan.. hihi
Ada yang tanya kak ita ni tak makan nasi ke waktu buka?
Ialah.. tak pernah nampak kak ita hidangkan nasi kan??
Sebenarnya kebiasannya dalam bulan puasa ita jarang ambil nasi pada waktu berbuka. Anak-anak lebih suka makan mi atau kuih muih. Suami ita pun tak berapa cerewet tentang makan. Apa yang ita masak semua sedap dan selera aje pada nya...
Ita hanya masak nasi jika anak bujang 2 orang tu balik.. Itu pun jika ada permintaan dari mereka. Biasanya mereka pun lebih suka makan yang ringkas-ringkas pada waktu berbuka. Kalau makan terlalu berat mula lah masing-masing liat nak pergi solat terawih. Mengantuk la.. tak larat la.. macam macam alasan lah.. pulak!!


Tapi pada waktu sahur ita memang makan nasi. Tapi menu sahur tak dapatlah ita nak tunjukkan kerana waktu sahur tu terlalu suntuk sangat untuk ambil gambar. Satu lagi ita menggunakan cahaya matahari sepenuhnya untuk ambil gambar. Waktu subuh kan tak de matahari jadi tak ambil lah gambar masakan tu.. hihi

Menu sahur ita juga ringkas. Biasanya ita masak yang ringkas dan cepat. Ita bangun seawal 3. 30 pagi. Lepas solat terus turun dapur dan masak. Ita masak untuk cukup hidangan bersahur aje.. tak masak banyak sebab tak nak berlaku pembaziran..


Biasa ita goreng ikan, itu wajib ada atas meja kerana suami ita dan Dalili suka makan ikan goreng. Kalau ada anak bujang pula kenalah goreng ayam. Kerana masa yang suntuk ita biasa beli ikan yang ita tak payah nak siang, macam ikan tenggiri atau ikan merah. Ayam pun ita beli yang dah siap potong. Ita masuk kan dalam beg plastik berasingan untuk satu hidangan sahaja jadi mudah ita nak masak. Sayur pun mesti ada, biasa sayur ita masak bening aje atau ita goreng. Lauk tambahan yang lain tu terpulang lah, nak masak kicap ke.. masak asam ke.. masak gulai ke.. ikut mana yang ita sempat.. Bulan puasa juga ita kurangkan masak pedas dan masak lemak...

Lagi satu pertanyaan, sempat kak ita ambil gambar semua masakan waktu berbuka?
hihi.. suami ita kata super women..
Super women apanyaaaa.. kadang kala terbongkang jugak.. haha


Menu buka puasa ita semua yang ringkas, mudah dan cepat di sediakan.
Biasa kalau minuman, kuih atau dessert ita sediakan awal. Pagi ita  dah buat air, ita masuk dalam peti ais supaya dingin jadi tak payah lah letak ais sebab dah dingin.. hihi
Dessert dan kuih pun sama, ita sediakan awal simpan dalam peti ais untuk rasa dessert yang dingin.. biasa ita buat tak banyak sekadar cukup kami makan anak beranak sahaja..
Berlainan pula bagi kuih, kalau kuih tu kita boleh makan sejuk, macam talam atau contoh tepung pelita ni.. ita sediakan awal.. Tapi kalau yang sedap untuk makan panas ita sediakan awal juga tapi bila mengorengnya nak dekat buka ita goreng lah..

Kadang kelang kabut jugak.. sebab ita nak kejar matahari untuk ambil gambar. Kena pandai bahagikan masa.. Lebih-lebih lagi semuanya ita kena buat sendiri.. dari masak, ambil gambar hingga masukkan dalam blog. Sebab tu kadang-kadang kerana terlalu letih sampai tersilap taip pun ada.. dah berapa kali kena tegur dengan adik-adik kat luar sana.. hihi terima kasih ye kerana selalu ingatkan dan tegur kesalahan kak ita ^_^


Ok lah dah banyak membebel..
Kita terus aje pada menu ita yang ringkas hari ni.
Kita mulakan dengan kuih dulu lah ye!
Rasa ramai yang dah tak sabar nak tau resepi kuih ni kan..
Ita terpandang kuih ni di Dapur Kak Jee..
Aduyaii.. sedapnya..!! lebih buatkan ita bersemangat nak buat bila kak Jee kata "rugi kalau tak cuba.. Sedap sangat2!! Betul2 melt in the throat!"
waa.. lagi berkobar-kobar nak buat..


Kuih ni kuih kegemaran anak kak Jee, Nadia. Bukan sahaja kegemaran Nadia, ianya juga kegemaran dan kesukaan suami ita. Rasanya ramai rakyat Malaysia sukakan kuih tepung pelita ni..
Biasa kuih ini disediakan dalam kelonsong daun pisang yang dijadikan kotak. Tapi kalau bulan puasa ni, kita biasa masak nak yang ringkas, mudah dan sedap! letak dalam gelas yang comel atau dalam bekas kaca atau plastik kecil pun ok!
Kalau nak tengok macam mana cara nak buat kotak guna daun pisang boleh rujuk di SINI

 
Bulan puasa ni kan.. tekak selalu mengidam nak makan kuih-kuih tradisional. Mujur ada bazar Ramadhan, boleh juga ronda-ronda dan cari kuih mana yang berkenan di hati.. Tapi kalau nak lagi sedap baik kita buat sendiri.. ^_^

Untuk resepi ni dapat banyak jugak, jadi ita cadangkan kalau keluarga tak ramai buat 1/2 daripada adunan sahaja.. Tapi kalau suka kuih ni boleh lah buat 1 adunan pas tu simpan dalam peti ais.. woooo.. sedap makan dingin-dingin.. sejuk aje lalu kat anak tekak ni...

Resepi dari Rina Mohd Dom, terima kasih Rina!. dan dikongsikan oleh kak Jee semula di blognya. Terima kasih kak Jee.. ita minta izin ye untuk copy di sini pula sebagai panduan rakan-rakan yang teringin mencuba!



TEPUNG PELITA
By: Rina Mohd Dom, Kajang
Rujukan : Kak Jee

Lapisan hijau

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan ~ Kjee blend daun pandan. Airnya Kjee sukat
sedikit pewarna hijau ~ kalau warna daun pandan tidak mencukupi

Larutkan bahan2 atas hingga sebati 
kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang. 
Tepikan.

Lapisan Putih (Santan)

¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung ~ Kjee guna 1 sudu
7 cawan santan ~ Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan
½ sudu kecik garam

Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. 
Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.


Resepi ita yang kedua ni tak kurang juga hebatnya..
Resepi sekali lagi dari kak Hanieliza yang menyambut ulangtahun kelahirannya semalam..
Selamat Ulang Tahun kak Liza.. semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa ceria dan bahagia di samping keluarga. Semoga kak Liza juga sentiasa di berikan kesihatan yang baik untuk terus melahirkan idea bagi mereka cipta resepi yang mudah, ringkas dan yang paling utamanya sedap!!
Selamat Ulang Tahun sekali lagi..



Kuetiau Daging Halia, satu lagi resepi yang mudah dan ringkas dari buku masakan kak Liza 1 Hari 1 Resepi. Sedap kuetiau ni, ita memang tak pernah makan kuetiau masak cam ni, tapi bila dah makan sedap lah pulak! Rasa kuahnya macam, lauk black paper pun ada... dan lauk Daging Masak Ala Kaprau yang pernah Kak Jee kongsikan pun ada jugak! sedap!! kebetulan ita memang suka lauk kaprau tu.. Cuma bezanya daging ni diperap dengan sos tiram, tapi lauk kaprau tu dengan tom yum paste, tapi rasa seakan-akan.. Boleh masak lagi ni.. cara buatnya pun mudah dan senang sangat dengan bahan yang cukup simple!
Jom kita intai Resepi mudah ni pula..


KUETIAU DAGING HALIA
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

1 bungkus Kuetiau
1 biji kapsicum hijau ~ saiz kecil dihiris
2 biji tomato ~ dipotong kecil
1 pokok daun bawang ~ dihiris
2 cawan air
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Perap
200 gm daging
3 inc halia muda ~ dihiris
3 sudu makan sos tiram
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang merah ~ dihiris
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam

Panaskan minyak dan gorengkan kuetiau sebentar.
angkat dan letakkan dalam pinggan hidang
Daging dihiris nipis dan di cuci bersih, kemudian toskan
Gaulkan daging dengan bahan perap dan perapkan sebentar

Panaskan minyak sedikit, dan tumiskan daging yang telag di perap tadi, kacau rata
Masukkan air dan biarkan daginglembut dan kuah sedikit pekat
masukkan Kapsicum dan tomato
kacau rata
Bila sudah masak tuangkan atas kuetiau dan hiaskan dengan taburan daun bawang.
emmm... senang aje kan.. mudah dan ringkas.


Untuk minuman pula ita buat  Sirap Bandung Cincau. Mudah aje buat sirap bandung ni.. ita gun sirap Ros F&N yang telah bergula. Campurkan dengan susu sejat dan tambahkan sedikit air.
Lepastu masukkan cincau yang dah kita dadu kecil. Letak dalam gelas letak ais dan tersedia satu minuman penghilang dahaga yang menyegarkan..
 Adoi... senangnya berbuka cara Masam Manis kan..?? mudah dan ringkas yang penting anak-anak dan keluarga suka.. ^_^

SELAMAT BERPUASA


















Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Senangnya berbuka puasa Masam Manis....