Kamis, 05 Juli 2012

PUDING TAPAI RINTIK CENDOL

Assalamualaikum


Selamat tengahari semua..
Ada yang kurang sihat ke hari ni?
Kalau yang tak sihat tu kenalah rajin-rajin makan ubat. Permakanan pun kena jaga juga. Almaklumlah sekarang ni cuaca tak menentu, kadang hujan kadang panas terik. Musim buah-buahan juga merancakkan lagi penyakit-penyakit untuk menyerang tubuh badan. Ditambah-tambah lagi udara yang tidak sihat dengan masalah jerebu dan pencemaran. Oleh itu pandai-pandailah kita menjaga kesihatan tubuh badan supaya kita tidak di serang penyakit yang berbahaya.


Bercerita tentang masalah penyakit, baru-baru ini ita menerima perkhabaran yang tidak baik tentang kesihatan mak cik ita. Doktor mengesah bahawa beliau telah mengidap Breast Cancer, satu penyakit yang amat membimbangkan kaum wanita. Berita ini memberi satu macam troma untuk kami sekeluarga, namun kami pasrah dengan kentuan yang maha esa. Ita berharap mak cik ita tabah, sabar dan reda dengan segala dugaan yang datang.


Walaupun ita tidak lah terlalu rapat dengan mak cik ita ni, namun setiap kali Hari Raya, pasti rumah beliaulah yang pertama sekali kami kunjungi. Memandangkan emak dan bapa ita sangat rapat dengan mereka. Kakak-kakak dan abang ita juga pernah menetap di rumah beliau semasa zaman persekolah kerana beliau suami isteri adalah guru, jadi beliau dan suaminya lah yang banyak memberikan ilmu dan mendidik kakak-kakak dan abang ita.


Bukan keluarga ita sahaja yang rapat dengan beliau malah sepupu-sepapat ita juga ramai yang di bela oleh beliau semasa zaman persekolahan memandangkan beliau hanya ada seorang anak sahaja. Oleh itu anak-anak buah lah tempat beliau suami isteri menumpang kasih sayang.

Ita memohan kepada Allah supaya diberikan kesempatan kepada mak cik ita untuk pulih dan sihat seperti sediakala. Agar beliau dapat menjalani kehidupan sehariannya dengan ceria.


Hari ini ita nak kongsikan resepi puding. Sebenarnya resepi ini pernah kongsikan  dalam majalah SAJI bulan Jun. Ita dapat idea untuk membuat puding ni hasil rujukan ita pada sebuah buku masakan oleh Nunung, seorang pakar masak dari Indonesia.

Resepi asal Nunung menggunakan tapai ubi, sebaliknya ita gantikan dengan tapai pulut. Pada mulanya ita agak ragu-ragu untuk membuat puding ni. Sedap ke rasanya?? itulah perkara yang selalu bermain dalam kota ingatan ita setiap kali ita ingin mencuba sesuatu yang baru.

Melihatkan puding yang cantik dengan tekstur warna yang menarik, ita kuatkan juga semangat untuk mencuba. Kebetulan pada masa ita buat puding ni ita menerima pangilan telefon dari editor majalah SAJI yang meminta ita muatkan beberapa resepi untuk di sisipkan dalam majalah mereka. Wah! macam langkah kanan pula kan..
Ita pun bercadang untuk kongsikan resepi ni dalam majalah SAJI untuk keluaran Jun. Kebetulan pula majalah SAJI inginkan sesuatu yang baru dari ita yang tidak pernah ita kongsikan dalam blog atau mana-mana majalah. Maka tersisiplah resepi Puding Rintik Cendol dalam majalah SAJI untuk bulan Jun yang lalu.


Terima kasih ita juga buat rakan-rakan yang telah dapatkan majalah SAJI dan yang sentiasa berikan ita sokongan. Bagaimana pula dengan bulan Julai ni?? dah dapatkan majalah SAJI bulan Julai? ada bloger kesayangan ita tau di dalamnya.. Jangan lupa juga untuk menyertai peraduan bersama Chef Amer. Hadiah menarik pasti menanti anda. Hadiah yang cukup istimewa kepada mereka yang amat meminati dunia masakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyambar senaskah majalah SAJI di pasaran.


PUDING TAPAI RINTIK CENDOL
Ilham dari: Nunung 

100 gm cendol
100 gm tapai pulut
sedikit pewarna pink
Campurkan tapai pulut dengan pewarna pink, kemudian cuci bersih, ketepikan
~ Cuci ni bilas atau lalukan dekat air sahaja untuk buang lebihan warna pink. Jangan bimbang kerana rasanya masih ada. Proses ini hanya untuk dapatkan rintik-rintik pink sahaja dalam puding.

Lapisan Hijau

1/2 paket agar-agar serbuk agar-agar
180 gm gula pasir 
900ml santan dari 1 biji kelapa
Secubit garam
3 biji kuning telur dipukul
300g tapai pulut ~ dikisar
Pewarna hijau secukupnya
1/2 sudu teh paste pandan


Satukan agar-agar, gula, santan dan garam, kacau rata.
Kemudian masak hingga mendidih. Kecilkan apinya.
Ambil sebahagian adunan agar-agar lalu campurkan kedalam kuning telur sambil dipukul rata. Kemudian masukkan kembali kedalam baki agar-agar tadi.
Masukkan tapai pulut yang dikisar kemudian kacau rata
Ambil 1/3 adunan dan campurkan dengan cendol dan tapai pulut yang diwarnakan pink ~ Ketepikan.
Warnakan lebihan adunan agar-agar pulut dengan warna hijau dan paste pandan.
Tuangkan 1/2 bahagian adunan hijau kedalam loyang persegi berukuran 10cmx20cm dan biarkan ia mengeras.


Lapisan Karemel

3 sudu besar gula pasir
250ml air panas

Panaskan gula dalam periuk kecil hingga kekuningan dan menjadi karamel. Tuangkan air panas dan kacau rata. Ketepikan.

1/2 paket agar-agar
200ml air
3 sudu besar gula pasir

Masak semua agar-agar, air dan gula  hingga mendidih. Tuangkan karamel kedalam agar-agar
Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian.

Tuang 1 bahagian di atas puding hijau.
Biarkan mengeras.
Tuangkan agar-agar cendol di atasnya.
Biarkan mengeras.
Kemudian tuangkan semula puding karamel dan lebihan puding hijau secara berturut.
Biarkan ia sejuk dan simpan di dalam peti ais.
Keluarkan puding dari loyang dan hidangkan.




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : PUDING TAPAI RINTIK CENDOL

  • JELLY KELAPA GULA MELAKAAssalamualaikum..Alhamdulillah hari ini semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Bila kita bercakap pasal puasa, ia bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahag ...
  • AGAR-AGAR CENDOL KACANG MERAHAssalamualaikumSelamat pagi, selamat berhujung minggu dan selamat berlibur bersama keluarga..Mungkin ini adalah antara minggu-minggu terakhir kita dapat meluangkan masa ...
  • PUDING SUSU POLKODOTAssalamualaikumAlhamdulillah hari ini barulah ita ada sedikit peluang untuk masukkan N3.Sejak dua menjak kebelakangan ini ita sedikit sibuk. Banyak sangat urusan yang it ...
  • PUTERI MANDI SELATANAssalamualaikumSalam Shawal buat semua..Alhamdulillah cuaca di JB pagi ni cukup cerah. Sang Suria memancar terik...Harap-harap biarlah ianya sampai ke dinihari.Ada yang ...
  • Yang enak dan lazat dari pakar masakanAssalamualaikum..Lama rasanya ita tak kirimkan resepi di dapur alam maya ita ni. Sebenarnya kekangan masa dan kesibukan buatkan masa ita cukup terbatas sejak dua menjak ...