Kamis, 19 Juli 2012

Janji Temu kita di SEMANIS KURMA

Assalamualaikum..


Bersiaran kembali kita hari ini.
Syukur kepada Allah kerana dapat menemukan kita kembali di pagi Jumaat yang barakah ini. Ita sentiasa mendoakan agar anda semua yang ita kasihi, sihat waalfiat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
Seperti biasa janji temu anda semua bersama ita dalam Rancangan Semanis Kurna dari Studio 1 Seri Petas Bandar Utama

Ewah..ewah.. terlebih sudah ita nikan..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana berkesempatan untuk bertemu dengan anda semua, yang paling istimewanya pertemua kita pada hari ini adalah pada penghujung bulan Syaaban dan akan menyambut kedatangan Ramadhan pada esok hari. Macam mana dengan persiapan kita untuk menyambut Ramadhan? adakah kita sudah bersedia dari segi mental dan fizikal, rohani dan jasmani.. Alhamdulillah semoga kita dipermudahlkan dalam melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini, di berikan hidayah dan rahmat dariNya.

Sekali lagi Syukur ita yang tak terhingga kerana di berikan kesempatan oleh TV 9 untuk muncul sebagai tetamu undangan dalam Rancangan Semanis Kurma yang cukup di minati ramai, yang berlintas lansung malam tadi. Walaupun kemunculan ita hanyalah di angin lalu, namun terasa sangat diri ini amat-amat di hargai Alhamdulillah...
Yang paling mengujakan apabila buat pertama kalinya Masam Manis muncul dikaca TV 9.


Kemunculan ita yang tak dijangka dan tak disangka-sangka apabila ita dihubungi oleh Cik Shadiya Abas dari krew penerbitan rancangan Semanis Kurma TV9 pada 2 hari yang lalu untuk menjemput Masam Manis dan ita memberikan sedikit Tips Sahur Istimewa Bersama Semanis Kurma TV 9, yang ke udara setiap malam khamis pukul 9. 30 malam bersama Dato ' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami beliau Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dalam sebuah rancangan menarik dan khas yang membincangkan topik suami isteri dan permasalahan hal ehwal rumah tangga berlandaskan hukum-hukum Islam.


Ita diminta untuk kongsikan resepi bersahur yang menarik dalam blog untuk di siarkan dalam rancangan itu yang di siarkan secara lansung. Kerana masa yang cukup suntuk dan terbatas, ita tak berkesempatan untuk menyediakan hidangan yang ringkas untuk mereka yang liat bangun sahur atau yang tidak gemar untuk bersahur. Kebetulan pada hari itu ita menyediakan Nasi Ayam, jadi  ita mengambil peluang untuk kongsikan menu nasi ayam untuk penonton setia Semanis Kurma.

Ita juga di beri peluang untuk keudara dan di temu bual oleh Ustazah yang cukup ita minati dan kagumi.  Alahaiii... tak tau macam mana perasaan ita waktu itu, habis gigil satu badan bila dapat berbual dengan wanita yang cukup terkenal dengan "Cakaran Harimaunya"nya ini. Macam nak mengaum pun ada rasanya... AUMMMMM...


Jutaan terima kasih ita yang tak terhingga kepada Cik Shadiya Abbas, yang sudi mengundang Ita, kepada semua krew penerbitan program SEMANIS KURMA, kepada TV 9 amnya dan teristimewanya kepada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami kerana sudi beramah mesra dengan ita bloger picisan ini.. serta tetamu yang turut di undang, Dr. Tengku Asmadi bin Tengku mohamad,  Ustazah Laila dan semua pihak yang terlibat.

Kepada rakan-rakan ita diluar sana yang sudi meluang kan masa untuk menonton rancangan Semanis Kurma dan yang mengucapkan tahniah sehabis rancangan itu tamat bersiaran, terima kasih sangat-sangat kerana sentiasa menyokong Masam Manis.

Kepada anda yang belum pernah berpeluang untuk menonton rancangan Semanis Kurma, jangan lupa untuk menonton program bual bicara menarik yang menampilkan isu-isu pemasalahan keluarga terutamanya rumahtangga.  Program yang banyak memberi pandangan dan dorongan kepada pasangan bermasalah atau mempunyai sebarang kemusykilan tentang hidup berumahtangga ini juga turut menjemput dua tetamu di studio untuk berkongsi pengalaman berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Jangan lepaskan peluang menontonnya pada setiap malam Khamis pada pukul 9.30 malam di TV9.

Jangan lupa janji temu kita dalam rancangan Semanis Kurma dengan topik yang lebih hangat lagi minggu hadapan. Selamat Menonton.
Gambar dari : Google dan http://www.facebook.com/ustazahbahyah

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Janji Temu kita di SEMANIS KURMA