Assalamualaikum
Selamat pagi semua...
Minggu ni adalah minggu terakhir kita berada di bulan Syaaban. Minggu hadapan umat Islam akan mula berpuasa. Pastinya hari-hari kita akan bertambah ceria melewati bulan yang amat mulia dan sangat di nanti-nantikan ini.
Bagaimana dengan perancangan menjelang bulan Ramadhan ni. Apa persediaan kita menyambut kedatangan bulan yang mulia ini? Kepada yang masih belum berkesempatan untuk mengganti puasa yang lalu, segeralah berbuat demikian.. jangan berlengah kerana masa tidak menunggu kita..
Bagi masyarakat Johor, sudah menjadi kelaziman untuk mengadakan kenduri buat kaum keluarga yang telah meninggal dunia, pada minggu-minggu akhir bulan Syaaban atau pun sebelum menjelangnnya Ramadan. Walaupun ada sesetengahnya mempertikaikan amalan ini, namun pada ita ianya adalah satu amalan yang telah menjadi tradisi dan budaya masyarakat Johor, dan biarlah ianya tetap menjadi adat sebagaimana peribahasa yang berbunyi " biar mati anak , jangan mati adat"
Hari ni ita kongsikan resepi yang pernah tersiar di dalam majalah AROMA bulan Jun. Resepi ni dah lama ita buat, cuma tak berkesempatan untuk publishkan di blog aje. Jadi kesempatan yang ada hari ini ita kongsikan pula di sini untuk mereka yang tidak berpeluang mendapatkan majalah Aroma bulan Jun.
Resepi ni ita ambil dari sebuah buku masakan Cheesecake Mania hasil olahan dan sentuhan Kevin Chai. Resepi asal kek ini di beri nama Dainty Cheesecake, tapi ita ubah ke Fruitti Cheese Cake, kerana ita mengunakan gabungan perisa buah-buahan yang berlainan untuk setiap lapisan cheese.
Lapisan kek untuk dasarnya pula ita gunakan kek coklat, untuk serasikan rasa coklat dan perasa buah-buahan yang ita gunakan dalam lapisan cheese. Jom kita intai-intai resepinya pula..
FRUITTI CHEESE CAKE
Olahan daripada resepi : Dainty Cheese Cake
By : Kevin Chai
Rujukan : Buku Masakan Cheesecake Mania
Bahan Kek Span Cokelat
5 biji telur
125g Gula Kastor
1 sudu kecil Esen Vanilla
2 sudu kecil Ovelette
100g tepung
20g serbuk koko
1 sodu kecil Baking Powder
40ml air
70g Mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Campurkan semua bahan kecuali mentega.
Putar hingga kembang dan gebu.
Anggaran 10 minit.
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 8" yang telah disapukan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 170C selama 35 minit.
Terbalikkan atas redai setelah masak dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Potong kepada 3 kepinganLapisan Cheese
120ml susu segar
2 biji kuning telur
350g cream cheese
80g gula kastor
1 sudu besar serbuk gelatin
400g whipped cream
Pewarna dan perasa
1/4 sudu kecil strawberry emulco + 1/4 sudu kecil pewarna merah jambu
1/4 sudu kecil pes lemon + 1/4 sudu kecil pewarna kuning
1/4 sudu kecil pes blueberry + 1/4 sudu kecil pewarna ungu
1/4 sudu kecil pes oren + 1/4 sudu kecil pewarna oren
1/4 sudu kecil pes apple + 1/4 sudu kecil pewarna hijau
Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula kastor dan serbuk gelatin kedalam periuk
Masak secara double boiler sehingga semua adunan sebati dan mencair
Padamkan api dan biarkan sejuk sepenuhnya
Dalam mesin pemutar, putar whipped cream sehingga ringan dan bertanduk
Masukan adunan cream cheese dan terus memutar hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 cawan
Tambahkan perasa dan pewarna pada setiap bahagian adunan dalam cawan tadi
Potong kek span cokelat kedalam loyang spring foam bulat berukuran 7"
Tuangkan adunan cheese oren, ratakan permukaannya dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit
Keluarkan dan tuangkan pula lapisan berwarna ungu.
Ulang semula proses yang sama sehingga habis setiap lapisan
Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong
Bersama-sama ini juga ita sediakan resepi asal dari Kevin Chai
DAINTY CHEESE CAKE
By: Kevin Chai
Source : Cheesecake Mania
1 slice sponge cake
Cheese Layer
120ml fresh milk
2 egg yolks
350gm cream cheese
80 gm caster sugar
1 tbsp gelatine powder
400gm fresh cream ( whipped )
Flavors
1/8 tsp strawberry emulco
1/8 tsp pandan paste
1/8 tsp choc emulco
1/8 tsp vanila essence
1/8 tsp orange paste
Place sponge cake into a 18cm square tin. Keep aside
To make cheese layer, bring fresh milk, egg yolks, cream cheese, sugar and gelatine powder to heat.
Strring over simmering water until mixture is melted.
Remove and leave to coold
Fold in whipped cream until blended
Divide cheese mixture into 5 portions and combine with difference flavour.
Spread strawberry cheese mixture in the tin. Refrigerated for a while.
Follow by pandan, chocolate, vanilla and orange.
Cover and keep in freezer until set.