Assalamualaikum
Alhamdulillah dapat juga kita berjumpa di pagi hari Rabu ni. Apa khabar semua? harap-harap sihat lah ye.. dan sentiasa ceria memasak untuk sajian keluarga tersayang.
Pejam celik-pejam celik kita dah pun berada di bulan Syaaban, bulan yang penuh kerberkatan.
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Pada bulan Syaaban kita di galakkan melipat gandakan amalan, memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. melakukan amalan baik yang dituntut dan bertaubat. Sama-samalah kita berdoa agar dapat melipatgandakan amalan dan semoga amalan kita di terima lehNya
Berapa hari ita tak dapat bersiaran. Sebenarnya agak sibuk kebelakangan ni. Biasalahkan.. bila pertengahan tahun ni ibu bapa sibuk mengadap guru, menilai prestasi anak-anak di sekolah. Bagi ibu bapa yang anak-anak tingal berjauhan di asrama, terpaksa lah mengambil cuti. Sebenarnya ianya penting, masa inilah kita sebagai ibu bapa hendak mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah, tingkah lakunya dan sahsiah dirinya. Jadi kepada ibu bapa sekalian rebutlah peluang yang ada untuk mendampingi guru bagi mengetahui prestasi anak-anak anda!.
Hari ni tak boleh nak sembang lama-lama sebab banyak lagi tugasan ita yang belum selesai. Kita terus sahaja pada hidangan yang ita sajikan untuk hari ini.
Sebagaimana yang ita katakan tempoh hari, ita ada sediakan Mousse dari lebihan kek velvet yang ita buat tempoh hari. Sayang, dari di buang lebih baik kita jadikan ianya satu hidangan dessert yang membuka selera.
Cara membuatnya cukup mudah dan simple. Pelbagai kaedah kita boleh gayakan. Ianya terpulang pada kreativiti dan citarasa masing-masing. Resepi asal dari chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Amer. Ita ambil resepi ni dari majalah SAJI bulan Jun. Sebenarnya dah lama teringin nak buat, tapi masa agak terbatas memandangkan ita agak sibuk.
Resepi asal chef menggunakan mousse putih dan mousse coklat. Ita cuba tukar kepada coklat dan strawberry. Untuk lapisan bawah pula, resepi mencadangkan menggunakan kek coklat atau biskut Oreo. Ita ubah juga kepada kek Red Velvet dan ita campurkan bersama kepingan Oreo yang ita patah-patahkan kecil. Ini terpulang pada citarasa masing-masing, anda juga mungkin ada idea dan citarasa sendiri untuk menjadikan sesuatu hidangan itu tampak hebat dan lazat tak terkata!
DOUBLE DECKER MOUSSE
By: Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Jun 2012
Kek sapan coklat atau biskut Oreo ~ ita gunakan kek Red Velvet + biskut Oreo
Gelas atau bekas kecil
Buah-buahan atau coklat sebagai hiasan
Buah-buahan atau coklat sebagai hiasan
Potong kek kecil
Patahkan Oreo kecil
Susunkan pada dasar gelas atau bekas kecil ~ ketepikan
Sekarang kita boleh sediakan Mousse Coklat Putih. Kalau mengikut resepi asal Chef Amer membuat Mousse Coklat Susu dahulu, sebaliknya ita membuat Mosse Coklat Putih yang ita telah gantikan dengan perisa strawberrysebagai lapisan yang kedua.
MOUSSE COKLAT PUTIH atau STRAWBERRY
100 ml krim tenusu
180 gm coklat putih
1 sudu kecil jus lemon ~ ita gantikan strawberry emulco
300 gm krim bukan tenusu
Mula-mula kita potong coklat putih kepada kepingan kecil
Kemudian kita didihkan krim tenusu.
Tuangkan krim tenusu yang telah didih kedalam bekas berisi coklat putih tadi dan kacau rata
Masukkan strawberry emulco dan kacau lagi biarkan ia sejuk
Putar krim bukan tenusu hingga separa kembang
Masukkan 1/3 daripada krim bukan tenusu ke dalam coklat dan kaup baik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim bukan tenusu dan kaup balik hingga bergaul sempurna.
Paipkan atau sudukan mousse coklat putih ke dalam bekas yang telah di letakkan kek dan oreo tadi.
Simpan dalam peti ais sebentar
Sekarang kita sediakan pula Mousse Coklat Susu
MOUSSE COKLAT SUSU
100 ml krim tenusu
180 gm coklat susu
1/2 sudu kecil perisa vanila
250 gm krim bukan tenusu
Mula-mula kita potong coklat susu kepada kepingan kecil
Kemudian kita didihkan krim tenusu.
Tuangkan krim tenusu yang telah didih kedalam bekas berisi coklat susu tadi dan kacau rata
Masukkan perisa vanilla dan kacau lagi biarkan ia sejuk
Putar krim bukan tenusu hingga separa kembang
Masukkan 1/3 daripada krim bukan tenusu ke dalam coklat dan kaup baik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim bukan tenusu dan kaup balik hingga bergaul sempurna.
Paipkan atau sudukan mousse coklat susu di atas mousse coklat putih atau strawberry tadiSOS COKLAT
100 ml susu
100 gm coklat gelap
Untuk sos coklat, kita potong coklat dahulu pada kepingan kecil
Kemudian kita didihkan susu
Tuang susu yang telah mendidih ke dalam bekas berisi coklat gelap
Kacau rata hingga adunan licin
Akhir sekali kita tuangkan sos coklat ke dalam bekas tadi
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di hiasa dan dihidangkan.





