Assalamualaikum
Hari ni, sekolah Dalili, Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 dan persatuan PIBG sekolah, telah menganjurkan Karnival buat julung-julung kalinya, bersempena sambutan Hari Kanak-kanak dan kerja amal. Acara karnival yang meriah ini telah berlangsung di perkarangan sekolah. Ramai ibu bapa yang hadir pada hari ini untuk memberikan sokongan kepada pihak sekolah dan mereka yang terlibat.
Pelbagai acara dan program yang telah diatur dan dirancang dengan teliti oleh pihak sekolah dan persatuan ibu bapa sekolah, dan sudah semestinya anak-anaklah yang paling gembira dan seronok sepanjang acara ini berlangsung.
Antara acara yang diadakan ialah pameran, permainan belon udara, menunggang kereta kuda, acara memancing, rumah hantu, dan bermacam-macam lagi permainan yang telah di rancang oleh pihak sekolah dan badan-badan korporat yang terlibat.
Acara cabutan bertuahlah yang paling dinanti-nantikan kerana hadiahnya berupa 2 tiket ke Legoland Malaysia yang di taja oleh Iskandar Johor. waaa... mesti ramai yang tak sabar untuk menanti cabutan bertuah yang akan di adakan pada akhir acara ini nanti.
Beberapa hari sebelum acara ini berlangsung, pihak sekolah ada meminta murid-murid menyediakan barang-barang yang boleh dijual pada hari tersebut, ini termasuklah makanan, minuman, pakaian lama, buku-buku lama, atau apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk dijual pada hari tersebut. Program ini berupa kerja amal dari ibu bapa, murid-murid dan pihak sekolah amnya.
Itulah yang ita buatkan sugar cookies untuk dijual di sekolah pada hari ini. Rasa terkilan juga kerana ita tak dapat hadir pada hari ini kerana kurang sihat dan tak dapat juga menyediakan cupcake untuk di jual.
Yang paling ita seronok apabila melihat bagaimana pihak sekolah dan guru-guru melatih para pelajar untuk berniaga dan melakukan kerja amal. Sememangnya nilai murni ini harus disemai dan dididik di dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Tahniah cikgu!
Ita berharap agar acara sebegini dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan sekolah. Program sebegini juga dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah, guru-guru, persatuan PIBG, ibu bapa, murid-murid dan masyarakat setempat.
Jom kita intai-intai anak-anak kita di gerai masing-masing..
Terdapat pelbagai-bagai lagi acara yang menarik pada hari karnival ni. Terdapat juga pelbagai acara pertandingan termasuklah pertandingan, memancing, bolasepak, karaoke dan pertandingan memasak.
Sehari sebelum acara ini berlangsung, cikgu Dalili ada menghubungi ita, supaya dapat sama-sama turut serta dalam pertandingan memasak ibubapa dan anak-anak. Oleh kerana ita tak sihat, ita terpaksa menolak perlawaan tersebut. Tapi.. Dalili beria-ia sangat nak masuk pertandingan memasak ni.. sehingga ayahnya terpaksa menelefon cikgunya semula untuk bertanya boleh tak kalau ayahnya masuk sebagai bidan terjun untuk menemani Dalili memasak mengantikan ita dalam pertandingan tersebut.
Malam sebelum acara berlangsung, Dalili ni dah macam cacing kepanasan.. suruh tidur tak mau tidur.. Sibuk dia mencari resepi untuk menyediakan pastanya nanti.
Kemudian dia minta ita ajarkan cara bagaimana nak sediakan pastanya nanti. Walaupun ita dah mamai-mamai kerana makan ubat batuk, layankanlah juga anak dara ni memasak.
Ayahnya pula pulang agak lewat malam.. kerana ada urusan kerja.
Bila ayahnya balik Dalili dah pun tertidur kepenatan.
Sebelum tidur dia telefon ayahnya minta ayahnya rasa pasta yang dia sediakan ok ke tidak.. hihi Dalili.. Dalili..
Esok, pagi-pagi lagi dia dah bangun..
Dikejutkan ayahnya supaya hantarkannya ke sekolah segera..
Selepas mendaftar untuk acara memasak, ayahnya pulang ke rumah.. tup-tup Dalili telefon kata acara dah nak bermula.. kelang kabut ayahnya pecut kereta kesekolah.
Bila sampai tempat Dalili telah digantikan dengan orang lain kerana ayahnya lewat..
Walaupun Dalili sedikit kecewa namun, pihak KFCH mempelawa Dalili untuk demo memasak bersama Chef.. hilang lah rasa kecewanya..
Nak dijadikan cerita.. atau mungkin rezeki Dalili pada hari itu, salah seorang peserta telah tercedera dan menarik diri. Pihak KFCH segera memanggil Dalili mengantikan tempat tersebut. Wah.. bukan main suka lagi Dalili.. Walaupun terpaksa bermula agak lewat dari peserta lain, namun dia bersemangat juga nak masuk pertandingan itu..
aduyaiiii.. Dalili ^_^
Jom kita intai-intai acara memasak pula..
hati-hati kak.. ada karang yang terkerat jari tu..
Aduyaiiii.. baru sebut dah ada yang terpotong jari..
Antara hidangan yang disajikan oleh para peserta.
Juri terdiri daripada chef-chef dan pakar masakan KFCH International College.
Dalili pasti bedebar -debar melihat juri merasa setiap hidangan..
Siapalah yang bertuah merebut hadiah hamper ini...
Sebelum nama pemenang di umumkan, para pengunjung di persembahkan dengan demo masakan daripada chef-chef dan pakar masakan dari KFCH International College.
Inilah saat-saat yang di tunggu-tunggu. Pasti setiap peserta bedebar-debar saat menanti keputusan di umumkan.
Melompat Dalili bila diumumkan sebagai juara...
Sukanya diaaaa.....
Tahniah Dalili ^_^
Alhamdulillah keputusan kali ini berpihak kepada adik Dalili Nurhanis daripada kelas 4 Baiduri. Sekalung tahniah juga kepada peserta-peserta lain yang turut mengambil bahagian. Anda semua memang hebat dan sporting.
Sekalung tahniah juga kepada KFCH International College, kepada pihak sekolah, kepada cikgu-cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Dalili sehingga Dalili menjadi pelajar yang berani menyahut cabaran dan suka mencuba.
Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang menganjurkan acara yang sebegini meriah, kepada semua yang terlibat didalam penganjuran program sebegini. Semoga ianya membawa seribu kebaikan kepada sekolah, guru-guru, ibu bapa, serta anak-anak didik sekalian.
Terima kasih semua..







