Assalamualaikum
Waaa... pagi-pagi dah terbau durian..
Pasti ramai pengemar raja segala buah ni di luar sana kan??
Tapi ada juga yang tak suka makan buah durian.
Ada yang kurang mengemari baunya.. dan tak kurang juga yang tidak sukakan rasanya.
Ita adalah antara salah seorang yang tidak menyukai raja buah ni..
Kenapa???
Usah di tanya kerana ianya semula jadi.. hidung tak boleh bau durian dan tekak ni memang tak boleh terima rasa buah durian ni..
Apalah malang nasib, bila satu family semua suka kan buah ni..
Hinggakan ita membesar dikelilingi pokok-pokok durian yang merimbun di kebun bapa dan mak ita..
Tak cukup di kebun di keliling rumah juga penuh di tanam pokok buah berduri ni..
Bila berumahtangga ingatkan seksa ita dah terlepas..
Rupanya tidakkk..
Anak-anak dan suami ita juga cukup gemar makan buah ni.. aduyaiii..
Hingga kadang kala ita nyanyi lagu.. 'aku dah bosan.. aku dah bosan..' setiap kali datangnya musim dorian.. ni ^_^
Dalili lah yang paling suka makan durian dan boleh di gelar Hantu Durian. Sampaikan kalau lori durian lalu sebelah kereta kat highway pun dia boleh berbau..
Kalau ita pergi Jusco atau Kid Mart pasti dia akan minta belikan durian.. selagi tak beli selagi itulah dia berbunyi..
Biasanya kalau beli durian kena makan kat situ jugak. Tak boleh bawa balik rumah.. Kalau bawa balik abis seminggu ita pening kepala selagi baunya tak hilang..
Lagi satu pantang larang.. jangan bawa durian naik kereta.. sebulan ita tak naik kereta, kalau naik pun mesti kena buka tingkap.. kesian kat anak-anak.. ^_^
Bila rakan-rakan kat Fb minta buatkan Durian Crepe ni.. hati macam berbelah bagi.. nak buat ke tak?
Lagi pun sekarang rasa-rasanya bukan musim durian. Kalau durian Siam tu memang banyaklah kan... sebab macam tak bermusim aje dah buah durian dari negara gajah putih ni..
Durian Crepe ni dah lama dah popular. Dulu setiap kali ita pergi Midvelly ita mesti nampak orang jual Durian Crepe ni. Sebab kan ita tak makan durian.. jadi tak de lah berhajat nak membeli apalagi nak merasa.
Sedap ke??
Disebabkan ramai yang minta buatkan, maka hari ni ita buatkan lah Durian Crepe ni.. nasib baik hidung sumbat lagi.. hehe
Dalili ni dah berapa hari dok sebut nak makan durian. Selalu ayahnya bawa dia gi makan kat luar. Bila ayahnya tak de ni.. kenalah maknya bawa.. aduyaiii..
Terlanjur dah beli tu.. ita buatlah Durian Crepe ni.. tapi jangan di tanya rasanya.. sebab ita tak makan.. Dalili tak berapa gemar sebab diletakkan whipping cream. Dia memang kurang minat cream.. cream ni..
Suami ita pula tak de nak ditanyakan sedap atau tidak?
Tapi bagi ita kalau pengemar durian pastilah sedapkan..
Kalau digantikan cream dengan custard ita rasa pun sedap jugak kan.. nanti ita nak cuba letak custard pulak..
Sebenarnya ada 2 resepi Durian Crepe ni. Resepi pertama menggunakan kuning telur, tepung kek, gula dan susu. Manakala resepi ke 2, menggunkan tepung gandum, garam dan santan.
Kedua-dua resepi ita cuba, dan ita sukakan resepi yang ke 2 ni.
Pertamanya kerana crepe tu jadi cantik dan mudah untuk di lipat.
Resepi pertama boleh tahan juga sedapnya, disebabkan ia menggunakan tepung kek, ia naik sikit dan susah nak dapatkan crepe yang nipis dan mudah koyak bila di lipat.
Ia juga mudah hangus kerana ada diletakkan gula.
Kalau resepi yang ke 2, kita boleh gunakan mana-mana sahaja bahagian crepe kerana kedua-dua bahagiannya cantik.
Ita dapatkan resepi ni dari Hesti. Resepi dari Fatmah Bahlawan dan Nia Kurniasih. Terima kasih ye semua kerana sudi kongsikan resepinya.
Kepada yang dah tak sabar nak mencuba.. apa tunggu lagi..
DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin