Minggu, 16 September 2012

Photos of the week

Bila anak-anak pulang bercuti, kami sekeluarga akan keluar jalan-jalan.. menghabiskan masa bersama-sama. Kerana bagi kami inilah peluang keemasan untuk bersama . Peluang sebegini memang sukar di perolehi memandangkan anak-anak dah semakin meningkat remaja dan semakin sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Biasa kami suka ke pantai, pergi makan-makan bersama, lepak-lepak sambil bercerita masalah mereka dan masalah kami sekeluarga. Perancangan masa depan dan perancangan anak-anak untuk menempuhi hari seterusnya..

Ita pula suka merakamkan gambar anak-anak sebagai kenang-kenangan..
Kenangan untuk mereka soroti kembali apabila mereka dewasa kelak..
Disamping ita cuba untuk memperbaiki skill photography ita di luar..

Semalam kami ke Tanjung Balau. Kami berkomvoi, naik 2 kereta.
Cuaca sangat baik, tapi terlalu panas.
Panas yang bahang seolah tiada angin berhembus walaupun kami berada di persisir pantai..





Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Photos of the week