Senin, 03 September 2012

Mana jugak lah dia pergiii...


Aduh! suspen jugak bila Si Kecik ni tak pulang semalam. Anak dara ita dah mula monyok.. sampai pukul 12 malam dia dok sibuk mencari Si Kecik ni.. mana pulak lah dia pergi..

Masa hantar Amirul pulang ke asrama semalam, ita suruh Dalili lepaskan.. kesian seharian dia dikurung bila ita terima kunjungan tetamu. Bukan apa takut dia mengacau bila ita masak.. Bila sampai rumah bayang Si Kecik tak nampak. Biasa dia pantang dengan bunyi kereta pantas dia meluru ke gate.. menyambut kepulangan kami..

Si Kecik, nama yang diberikan kerana tubuhnya yang kecil, panjang dan pendek. Kucing ni di pungut Dalili semasa ikut ayahnya ke kedai.. Melihatkan dia sayang sangat dengan kucing ni.. kami layankan aje lah.. Kurang-kurang ade jugak dia teman untuk di ajak berbual..

Bila hilang semalam ita dah mengelabah, tengok Dalili tak masuk-masuk rumah, sibuk mencari Si Kecik.. "esok balik lah tu.. " kata ayahnya.. " dia pergi beraya rumah kawan dia lah tu.." kata si ayah cuba menenangkan anaknya.. khi..khi khi.. nak tergelak ita dengar.. tapi dalam masa sama turut simpati..

Kucing ni tak padan pendek.. kuat makan.. pulak tu.. selagi perutnya tak kembung dan membuncit.. selagi tu tak berhenti makan.. Sampai satu hari Dr haiwan kat klinik yang kami selalu kunjungi turut terkejut.. "Ai yaaaa!! apasal kecik-kecik sudah mengandung???" " eh mana mengandung.. Dr.. dia manyak makan sebab tu pelut ala buncit.. "

Pagi, tersenyum lebar anak dara bila buka aje pintu.. Si Kecik sudah tercegat.. dengan mata terkebil.. kebilll.. " uiiiii.... beraya sampai tak ingat balik yeee... " bebel Dalili..



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Mana jugak lah dia pergiii...