Assalamualaikum
Selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan sekalian
Sekejap aje kita dah pun nak meninggalkan bulan Shawal
Terasa cepat sangat masa berlalu dan tak lama lagi ramai antara saudara mara kita atau rakan-rakan yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Haji.
Semoga perjalanan para jemaah ke bumi anbia di berkati dan di rahmati. Sentiasa terpelihara dan dilindungi Allah serta di berikan kesihatan yang baik untuk melaksanakan rukun Islam yang ke 5 itu.
Bilalah ita dapat peluang untuk melangkahkan kaki ke sana semula...
Masih ada lagi ke mood beraya??
Sebenarnya hari ni pun ita tak boleh nak sembang lama-lama. Banyak sangat tugas yang ita nak siapkan.
Sebelum tu, ita nak kongsikan resepi kek lapis yang ita buat untuk Hari Raya.
Nak habak dulu sattt.. nooo..
Kuih lapis ni memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk membuatnya.. aduyaiiii.. rasa macam tobat tak mau buat lagi.. huhu
Sebenarnya ita dah tersilap percaturan masa. Ita sangkakan ita sempat buget masa untuk siapkan kek lapis ni.. Rupanya hampehhh!!
Ita mula melapis pukul 8 malam dan ita habis melapis pukul 3 pagi.. aduyiiii... sampai dah tertidur-tidur ita tepi oven tu.. menunggu kek ita ni..
Buatnya tak susah tapi renyahnya... makk aiii... sebab kita nak kena letak pula adunan tu selapis-selapis warnanya.. aduyaiii sabar je lah kan..
Nasib baik rasanya sedap!!
Terima kasih ye Bro Rozan atas perkongsian resepi kek lapis ni.. memang respek giler kat Bro Rozan ni yang boleh buat kek lapis yang cantik-cantik dan idea yang pelbagai..
Tahniah Bro.. ^_^
KEK LAPIS DWI-BERRY
By: RSR
160 gm gula
½ sudu besar ovellette
10 biji telur (saiz besar)
200 gm (½ tin) susu pekat manis
300 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
80 gm jem strawberry + pewarna merah
80 gm jem blueberry + pewarna biru
50 gm keju parut
Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul.
Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung Hong Kong dan horlicks sedikit demi sedikit.
Pukul hingga sebati dan rata.
Ambil 12 senduk adunan dan biarkan plain (utk 3 lapis bawah & 3 lapis atas ~ 1 lapis 2 senduk adunan).
Lebihan adunan dibahagi dua.
Satu warnakan biru dan yg satu lagi merah lalu masukkan ke dalam botol plastik.
Bakarlah 3 lapis plain.
Taburkan sedikit keju parut pd setiap lapisan.
Utk lapisan ke empat hingga 13, picitkanlah adunan merah/biru berselang seli, menyerong (diagonally).
Setelah selesai, bakarlah 3 lagi lapisan plain.
Nota
Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan selepas di bakar untuk mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap dalam adunan sewaktu proses kek di bakar.
Bakar lapisan pertama menggunakan api gril atas dan bawah pada suhu 170 C mengikut kepanasan oven masing-masing sehingga permukaan kek keperangan.
Untuk lapisan seterusnya hanya gunakan api atas sahaja.
Ita menggunakan loyang 9 inc
Ita sapukan dasar loyang sahaja dengan butter dan lapik dengan kertas kek pada dasarnya.
KEK LAPIS DWI-BERRY
By: RSR
160 gm castor sugar
½ tbsp ovalatte (emulsifier)
10 eggs (Grade A)
200 gm Condense Milk
300 gm Hong Kong Flour
100 gm Horlicks (Malted Milk Powder)
80 gm strawberry jam + red colouring
80 gm blueberry jam + blue colouring
50 gm grated cheese
Method
Preheat oven 170C
Grease 8" baking pan
Beat butter, sugar and ovalatte till fluffy
Add eggs one at a time and beat till fluffy
Add condense milk - beat again till blended
Add Hong Kong flour and horlicks/malted milk powder - mix well
Add condense milk - beat again till blended
Add Hong Kong flour and horlicks/malted milk powder - mix well
Weight the batter and divide into 6 small cups - for the plain layers
(1 cup equivalent to 100gm - 120gm)
3 cup for the top 3 layers and 3 cups for the bottom 3 layers.
Save some balance and divided into two portions - coloured layer blue and red
Mix blue mixture with blueberry jam - put in piping bag
Mix red mixture with strawberry jam - put in piping bag
Bake in 8" baking pan.
Start baking layer by layer for the 3 bottom layer
Weight the first layer, spread it evenly and bake it using upper and lower fire for about 5 mins.
Change setting to grill mode (upper fire) and continue to bake for another 5 mins or until golden brown.
Weight and bake second layer as usual until cooked.
Spread grated cheese on top of every layer.
For the colouring layer, pipe the batter diagonally.
Lastly bake the whole cake in oven at 170C for 10 minutes