Asalamualaikum
Selamat malam.. aik dah malam dah..
Cepatnya masa berlalu sekejap aje dah malam kan...
Bila sibuk dengan kerja rumah sampai tak sedar masa berlalu..
Hari ni ita nak cerita pasal sayur keladi pulak!. Aduyaiii.. sayur kampung lagi..
Aik... jangan pandang sebelah mata, sayur kampung ni sedap tau! bak kata orang tak lapuk di telan zaman..
Tapi sekarang memang kurang dah anak-anak kita yang sukakan sayur kampung. Padahal ia antara yang sedap di nikmati. Tapi serius cakap, sayur yang satu ni ita tak pernah lagi makan. Napa tak caya??
Betul, mungkin kerana mak ita tak pernah memasaknya. Jadi ita memang tak pernah makan.
Tapi ini antara sayur yang menjadi kesukaan suami ita. Sebenarnya mak mertua ita cukup suka masak sayur keladi, sebab tu lah anak-anaknya cukup suka sayur ni. Teringat satu hari adik ipar ita pernah tanya pada ita" kak ita belajarlah masak sayur keladi dengan maa, sedap tau maa masak!"
Ita ni sebenarnya segan nak tanya dengan mak mertua ita.. selalu kalau mak mertua ita masak ita dok perhati, kadang-kadang ita kacau-kacaulah juga dia masak sambil dalam kepala dok ingat bahan apalah yang di letak. Pas tu ita masuk bilik dan salin dalam buku hihi takut terlupa, nanti balik rumah ita cubalah.. hehe ^_^
Hari ini ita cuba masak sayur keladi setelah ita terliur lihat lauk ni terhidang atas meja rumah Yatie, aduh macam sedap aje.. Nak juga ita merasa. Tapi masalahnya ita tak pandai nak siang sayur keladi ni. Bila ita tanya pada suami ita, dia kata dia biasa siang sayur keladi kerana selalu tolong maknya masak dahulu. Apalagi cepat ajelah ita sambar 2 pokok keladi di pasar.
Kepada adik-adik ita yang senasib macam ita ni, suka sayur keladi, tapi tak tahu macam mana nak siangnya, jom kita intai-intai macam mana caranya suami ita siang sayur keladi ni.. hehe
Tapi jangan bimbang keladi yang di buat sayur biasanya tak gatal.. kalau tak tau juga gilah kat pasar sebab kat pasar tu ada juga jual batang keladi yang telah di siang atau di bersihkan, tinggal kita rebus dan gulaikan aje..
Mula-mula kita potong dahulu ubi dari batangnya.
Kemudian kita ceraikan batangnya.
Selepastu kita siat kulit luar batang keladi tersebut.
Kemudian potong lebih kurang 3 inc. Atau boleh potong serong ikut citarasa masing-masing.
Ubinya kita potong dadu atau ikut kreativiti. ~ ita buat bentuk bintang guna acuan kuih.
Beginilah hasilnya setelah di potong.
Kemudian kita cuci bersih dan direbus bersama asam keping ( anggaran 2 keping)
Bila keladi dah lembut kita toskan airnya. Ketepikan.
Sekarang bolehlah kita mula memasak. Sebenarnya kita boleh masak bersekali dengan kita merebus keladi. Jadi bila keladi dah empuk terus aje kita dah boleh masukkan dalam gulai kita.
Bila masuk dalam gulai yang dah mendidih sekejap aje dah boleh matikan apinya, sebab keladi kita dah rebus terlebih dahulu. Mudah aje kan.. jom kita mula memasak!
ASAM TUMIS BATANG KELADI
By : Yatie
1/2 cwn air asam jawa
3 tangkai daun kesum
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis ~ ita tambah jika suka
Bahan kisar
1/2 cwn ikan bilis, cuci dan toskan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit belacan
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili merah
sedikit belacan
1/2 inci kunyit hidup
Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya bila nak masak nanti.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi.
Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan daun kesum, garam dan gula.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.
Resepi ni memang sedap! tak tipu punya.. kalau tak caya kena lah cuba!
Terima kasih ye, Yatie. Nampaknya ita dah mula jatuh cinta pada keladi ni. Ibarat kata orang 'miang-miang keladi, makin tua makin menjadi ' ^_^