Rabu, 18 Juli 2012

Tips sahur istemewa untuk Semanis Kurma TV9" Alahaiiii.. payahnyaaa..



Dalili bangunnn....
Daliliiiiii.. bangun sahurrrrr.... jangan tidur lagiiiii...

Beginilah keadaan anak-anak setiap kali berada di meja makan ketika bersahur..
Pernah berhadapan dengan situasi anak-anak begini..?
Ita rasa setiap ibu bapa pasti pernah menghadapi situasi yang sama.. 
Nama pun kanak-kanak, waktu tidur mereka terganggu bila dikejut untuk bangun bersahur. Situasi tertidur ketika menghadap hidangan antara memori lucu ibu bapa setiap kali menjelang Ramadhan.  Lucu dan tergelak bila melihat keletah anak-anak.. tapi itulah yang mencuit hati.. dan amat menghiburkan.

Bukan kata anak-anak kecil aje yang liat bangun sahur, yang remaja dan dewasa pun sayang nak tinggalkan bantal dan mimpi indah. Sampai ada yang tak mau bangun sahur kerana lagi enak diulit  mimpi.
Bila siang hari barulah masing-masing mengeluh dan ada juga yang bising kerana mengapa tak dikejutkan bangun sahur..

Apa pula pendekatan yang kita ambil sebagai ibu untuk mengalakkan anak-anak supaya bangun sahur?


Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

Rujukan : http://drmaza.com/home/?p=1208


Untuk mengalakkan anak-anak bangun sahur, biasanya ita gunakan pendekatan yang sering di lakukan oleh mak ita. Kini ita lakukan perkara yang sama kepada anak-anak ita pula. Selain ita terangkan perkara-perkara yang baik untuk mengalakkan anak-anak berpuasa, ita juga akan masak masakan yang di gemari oleh mereka.

Menjadi kelaziman dalam keluarga kami, mengambil makanan berat pada waktu sahur. Biasanya kami akan makan nasi untuk membekalkan tenaga pada keesokkan hari. Ini amat penting terutamanya pada anak-anak yang bersekolah. Mereka perlukan kabohidrat, protin, mineral dan vitamin untuk kekal sihat dan cergas sepanjang hari.

Waktu buka puasa kami pula suka makan makanan yang ringkas dan tidak memberatkan, maklumlah bila lepas buka puasa dah bergegas ke masjid untuk solat tarawikh. Kalau perut terlalu kenyang pasti terlena pula ketika solat.


Hari ini ita kongsikan satu lagi menu hidangan yang sesuai untuk bersahur dan juga untuk berbuka puasa. Suatu menu yang ringkas dan mudah penyediannya.
Biasanya ita akan sediakan masakan untuk bersahur pada malam harinya. Ita akan masak nasi dahulu, kemudian ita perapkan ikan atau ayam atau udang yang hendak digoreng dahulu. Ita akan simpan ianya dalam peti ais, esok pagi barulah ita goreng atau bakar. 
Sayur pula adalah sajian yang wajib ada atas meja hidangan, kerana suami ita suka makan sayur. Biasanya ita masak yang ringkas, mudah dan cepat.

Jom kita intai resepi yang menjadi kesukaan anak-anak


NASI AYAM BOXING BEREMPAH CRISPY

Untuk penyediaan nasi ayam ita masih kekal setia menggunakan resepi dari Quinnie yang pernah ita kongsikan di SINI. Nampaknya resepi ni telah menjadi kesukaan kami sekeluarga. Terima kasih Quinnie

Mula-mula kita sediakan sup ayam dahulu. Ini kerana sup ayam ini akan kita gunakan untuk menanak nasi.


Sup Ayam
5 ketul peha ayam ~ di jadikan boxing
air secukupnya
2 ulas bawang putih diketuk
1 1/2 inci halia di hiris
2 pokok daun bawang
1 biji kentang dipotong ~ di dadu
1 biji lobak merah ~ di dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 10 minit. ~ Ayam jangan masak lama kerana kita akan goreng ia nanti.
Angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Ambil separuh air rebusan ayam dan asingkan untuk menanak nasi
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Nasi Ayam
2 mug beras
2 1/2 mug air rebusan ayam
1 inci halia - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2 pokok batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu mentega

Masukkan mentega dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, ( masukkan sedikit minyak untuk mengelakkan mentegar hangus)
Kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasi
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Ayam Boxing Berempah Crispy
5 ketul ayam boxing
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
6 helai daun kari di mayang halus
2 sudu besar rata rempah kari
garam secukup rasa
1 sudu besar madu
Sedikit lada hitam kisar
Garam secukup rasa

2 biji putih telur ~ dipukul
1 cawan emping jagung yang telah di hancurkan
Minyak untuk mengoreng terendam

Satukan bawang putih, halia, rempah kari, daun kari, garam, lada hitam dan madu.
Kemudian salutkan pada ayam dan perap sebentar
Celupkan  ayam ke dalam putih telur
Golekkan ayam di atas emping jagun hingga bersalut sempurna
Kemudian goreng ayam dalam minyak yang cukup panas dengan api yang sederhana
Angkat ayam setelah masak dan toskan minyaknya

* bagi mereka yang alah pada makan makanan berempah untuk bersahur sila abaikan rempah kari dan lada hitam.
Ayam pula boleh di bakar jika tidak suka di goreng.


Taugeh Goreng
2 cawan taugeh ~ dibersihkan
1 sudu besar ikan bilis yang telah di tumbuk
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang cili merah ~ dihiris
1 pokok daun bawang ~ di mayang

Panaskan minyak
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis hingga naik bau
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan taugeh dan terus tutp api
gaul taugeh rata bersama daun bawang dan cili merah.


Di kesempatan ini juga ita ingin merakamkan ucapan Selamat Berpuasa dan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan, kepada semua umat Islam di seluruh dunia, kepada semua penonton rancangan SEMANIS KURMA di TV9, kepada kedua ibu bapa, dan juga keluarga mertua, buat saudara-mara, sahabat-sahabat sekalian, serta semua pengunjung setia Masam Manis.

Jika ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris perasaan sepanjang jalinan ukhwah antara kita, sepuluh jari ita hulurkan , memohon kemaafan dari kejauhan..
Semoga amalan kita di bulan mulia ni mendapat keberkatan dan limpah rahmat dariNya. Sama-samalah kita meningkatkan amalan di bulan mulia ini dan elakkan dari berlakunya pembaziran.

Jangan lupa menonton rancangan SEMANIS KURMA di TV9 malam ini pukul 9 malam, ada panduan dan tips sahur istimewa untuk penonton setia TV 9 dan Masam Manis juga ^_^

SELAMAT BERPUASA







Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Tips sahur istemewa untuk Semanis Kurma TV9" Alahaiiii.. payahnyaaa..