Jumat, 13 Juli 2012

THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD

Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu, apa khabar semua rakan-rakan yang tidak pernah jemu mengunjungi dapur ita. Terima kasih banyak-banyak ye.. dan semoga kehadiran kalian ke dapur ita semakin menguatkan semangat ita untuk terus memasak dan berkongsi resepi.

Terima kasih sekali lagi kerana selalu menghantar kiriman msg, berupa kata-kata semangat kepada ita, maaf kerana kadang-kala ita tidak punya banyak masa untuk membalas setiap msg, atas faktor kesuntukan masa. Terkejar-kejar atas urusan keluarga, minat ita di dapur masakan, photography, dan dapur alam maya khususnya.  Namu ita amat-amat menghargai setiap komen, hanya masa yang amat mencemburui ita untuk duduk lama di hadapan komputer. Insyaallah setiap komen ita akan jawab di N3 itu semula, maksudnya mana yang terkurang ita akan perbetulkan dan setiap pertanyaan ita akan huraikan semula di resepi itu.

Lagi satu permintaan yang sering di utarakan berkenaan food photography yang ita ambil. Buat masa ini ita masih tak punya masa untuk menunjukkan bagaimana caranya ita ambil gambar. Ita perlukan pembantu untuk membantu ita merakamkan gambar tersebut. Buat masa ita assistant ita semuanya sibuk.. ^_^. Dua anak bujang pula di asrama. Anak dara tu pula kena ikut mood dia.. kalau rajin dia nak buat ada masa datang angin puting beliung nak minta pegang prop pun dia tak mau.. aduyaiii.. terpaksa tunggu suami ita, namun sejak dua menjak ni beliau sedikit sibuk. Insyaallah satu hari nanti ita pasti tunaikan setiap permintaan yang minta ita terangkan atau tunjukkan cara ita ambil setiap gambar masakan ita di blog. 


Berbalik pada resepi kita hari ni. Hari ni ita masak Tom Yum. Ini semua adalah faktor terliur sewaktu menonton rancangan Celebrity Master Chef tempoh hari hehe.
Masa melihat Faruk dan Angah sediakan Tom Yum ita pula yang dah mengecap-ngecap air liur.. adoii.. terliur pulak! mula lah tekak ni terasa nak makan tom yum lah pulak!


Untuk memenuhi selera anak tekak ni, maka hari ini ita sediakanlah Tom Yum. Resepi asal sebenarnya adalah resepi Tom Yum sayur-sayuran dan amat sesuai bagi mereka yang berdiet. Tapi ita olah semula resepi kepada Tom Yum Seafood untuk memenuhi selera kami sekeluarga. 

Bahan-bahan yang ita gunakan pula, mengikut selera ita dan keluarga, apa yang kami suka kami letak! Sebenarnya memasak ni, tak sama macam kita buat kek atau kuih yang perlukan kita ikut resepi dengan tepat. Kalau masakan kita boleh ikut selera keluarga dan bahan-bahan yang kita rasa bersesuaian dengan resepi tersebut. Kalau suka pedas boleh tambahkan cili. Kalau suka masam lebihkan asam limaunya, terpulang pada citarasa kita. Kan kita yang nak makan.. ^_^

THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD
Olahan dari resepi : Thai Style Tom Yum Pak
By: Sunkis
Rujukan : My Resipi

5 ekor udang
6 ekor kupang
3 ekor sotong

3 1/2 cwn stok ayam
3 kepingan hirisan  lengkuas muda
2 keping daun limau purut
1 batang serai ~ di titik
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 sudu besar roasted chili paste (roasted tom yum paste) ~ ita letak 2 peket Tom Yum Adabi paste
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
4 biji tomato ~ dibelah empat
6 biji Thai chilies ~ ita letak cili padi
10 cendawan tiram segar ~ ita letak cendawan butang
1 cawan bunga kobis ~ dipotong sederhana besar
1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang
1/2 cawan lobak merah ~ hiris memanjang
1 sb daun ketumbar  ~ dicincang
1 sb daun bawang ~ dicincang
1 batang celery ~ dihiris ita tambah

Panaskan stok ayam di dalam kuali.
Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis.
Masukkan seafood ~ udang, kupang dan sotong
Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram.
Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD