Assalamualaikum
![]() |
Bagi suri rumah, sudah semestinya tugas sentiasa di galas, semakin cuti semakin sibuk dengan tugasan di rumah yang tak pernah berkesudahan..
Hari tu ita dah ceritakan serba ringkas khasiat buah apple kan? banyak sangat rupanya kebaikan dan khasiat buah apaple, sebab itu kita di sarankan untuk memakan sebiji apple setiap hari untuk menghindari diri kita dari di hinggapi sebarang penyakit. Kalau ada yang belum berkesempatan untuk mengetahui khasiatnya boleh lah baca di SINI
![]() | |
f/4 ISO 100 ~ out door ~ masa : 10 pagi |
Hari ni ita nak kongsikan satu minuman jus yang berkhasiat yang sangat baik untuk melancarkan sistem penghadaman. aaaa... bagi mereka yang selalu mengalami masalah dalam sistem penghadaman atau kesukaran membuang hadas atau masalah sembelit, inilah jawapan bagi setiap permasalah itu.
Jus Apple Celery, sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman. Penyediaan nya cukup mudah, hanya perlu kisarkan epal hijau dengan batang saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Boleh juga jika ingin tambahkan sedikit perahan lemon. Jaga permakanan, terjagalah kesihatan.... Selamat mencuba!
p/s ~ ramai yang bertanya macam mana ita ambil gambar yang belakang putih tu kan? Nanti jika ada kesempatan ita akan buatkan satu n3 tunjukkan cara macam mana ita ambil gambar tu, sebab kalau nak terangkan dengan cara bertulis ni agak sukar, sebab ita takut nanti ada yang kurang jelas. Tapi ita tak pastilah kaedah yang ita guna pakai ni betul atau tidak dalam teknik mengambil gambar sebenar.. hihi ^_^
Ita tak pandai nak edit gambar, jadi biasanya ita set betul-betul gambar dalam camera. Ita akan pastikan betul-betul gambar yang ita ambil seperti apa yang ita inginkan. Oleh itu banyak sangat yang ita kena buat sebab gambar yang terhasil tu tak perlulah nak di edit.
Pertamanya seting dalam camera sama ada nak guna RAW atau JPG untuk sesuatu gambar. Setiap gambar yang ita ambil ita set berbeza-beza mengikut situasi yang ita inginkan, samaada ita inginkan ia nampak fresh (cerah) atau cozy ( gelap).
Berapa pula ISO untuk gambar cerah dan gelap. Di manakah letaknya seting untuk meter. Berapa pula shutter speed dan aperturenya. Itu belum lagi termasuk macam mana dan di mana props itu di ambil, in door atau out door. Tapi bergantung juga pada cuaca, samaada hari cerah atau mendung. Ok lah nanti kita cerita bila ita punya kesempatan untuk berbuat demikian. ^_^