Jumat, 06 Juli 2012

Buah apalah ni..

Assalamualaikum


Pernah nampak buah ni? Buah apalah agaknya ni kan..
Pasti ramai yang mengaru-garu kepala macam kurang pasti.. Buah duku ke??

Kalau nak tau inilah buah sentul atau nama saintifiknya Sandori koetjape. Buah sentul adalah buah yang jarang di temui. Pohonnya berasal dari Semenanjung Malaysian dan Indocina, namun semakin pupus dek arus pembangunan dan agak sukar ditemui sekarang ini. Di Malaysia, dikatakan pohon sentul banyak tumbuh di pantai timur terutamanya di Kelantan.


Selain sentul ada yang memanggilnya buah kecapi atau buah stia. Buah sentul seakan-akan buah duku, berkulit tebal dan mempunyai isi yang berulas-ulas. Namun isinya melekat pada biji dan tidak akan tertanggal. Kulitnya pula agak tebal dan amat payah untuk di kupas. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan bertukar ke warna coklat kekuningan apabila telah masak. Di Malaysia terdapat 2 jenis buah sentul. Satu yang mempunyai kulit tebal dan satu lagi berkulit nipis. Di katakan yang berkulit tebal lebih masam dan kelat, berbanding dengan yang berkulit nipis yang manis rasanya. Rasanya seakan-akan isi buah koko atau buah durian belanda. Selepas di kupas ianya hendaklah segera di makan kerana jika di biarkan isinya akan bertukar warna ke merah kecoklatan.


Pohon sentul merupakan pohon yang rimbun dan besar seakan pokok balak. Pohonya boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Batangnya pula boleh mencapai ukurlilit sehingga 90 cm. Pohonya mempunyai getah yang berwarna putih susu seakan susu getah.

Kayu pohon sentul di katakan mempunyai mutu yang baik. Ia boleh digunakan untuk membuat kayu rumah, perabut dan lain-lain lagi bahan pertukangan. Kayunya dikatakan mudah diselengarakan untuk kerja-kerja pertukangan tangan.


Pelbagai bahagian pokok ini di katakan mempunyai khasiat dan digunakan dalam perubatan tradisional. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengubati demam. Serbuk kulit batangnya dikatakan dapat mengubati masalah cacing gelang. Akarnya pula untuk masalah kembung perut, sakit perut atau diare serta dikatakan dapat memulihkan kesihatan wanita selepas bersalin.


Di Kelantan biasanya buah sentul di jadikan jeruk. Buah yang dijadikan jeruk tidak dibuang kulitnya, hanya di kupas kulit luarnya sahaja dan terus dijerukkan  dan dimasukkan ke dalam botol untuk di jual.

Selain itu masyarakat Kelantan juga memakannya dengan cara mengupas kulit luarnya, kemudian buahnya di cincang-cincang di sekelilingnya supaya senang dipecahkan. Buah sentul juga di makan bersama budu yang dicampurkan dengan sedikit gula dan cili api, dan popular dengan nama Colek Sentul.

Selain daripada itu buah sentul juga biasa di letakkan di dalam masakan, seperti Gulai Lemak Ikan Duri Bersama Buah Sentul.



Rujukan :
http://id.wikipedia.org/wiki/Kecapi_%28buah%29
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=304&cat=

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Buah apalah ni..