Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah masuk hari ke 3 kita berpuasa.
Macam mana semua OK. Anak-anak yang baru mula berpuasa tu macam mana? dah mula menyesuaikan diri.. Tak pe lah pelan-pelan.. nanti lama-lama biasa lah tu..
Walaupun berpuasa hanya separuh hari, pujian juga harus di berikan kerana sekurang-kurangnya mereka berusaha juga untuk melaksanakan ibadah puasa. Bukan mudah sebenarnya nak pujuk anak-anak berpuasa..
Kepada yang kurang sihat tu... kenalah rajin makan ubat, agar cepat sembuh. Banyakkan minum air kosong masa berbuka. Biasalah kalau mula bulan puasa macam-macam penyakit yang datang, gastriknya lah.. sakit perutnya lah.. sakit ulu hati lah.. ada aje.. penyakit ni.. kalau hari tak puasa tak de lah pulak.. Tak pe.. sakit itu penghapus dosa.. kita patut bersyukur dan terima semua ketentuanNya.
Ada yang mula pening kepala nak masak apa hari ni?
Tu lah.. kalau bulan puasa ni macam-macam nak di masak, permintaan pun boleh tahan.. jenuh tukang masak berpencak silat di dapur.
Layankalah anak tekak tu.. yang penting jangan membazir dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan..
Inilah juadah berbuka puasa kami semalam. Serba ringkas.
Anak-anak bujang dah pulang ke asrama masing-masing, jadi ita masak tak banyak lah semalam. Sekadar memenuhi permintaan Dalili yang nak makan roti jala.
Kuah karinya ita buat kari bebola daging.
Untuk manisannya pula ita buat Bubur Cha Cha Laici
Airnya pula, air kathira Abu bakar, tapi air ita tak masukkan sebab yang tu ita beli...
Macam biasa kalau orang Johor, bulan puasa mesti cari air Kathira. Ada yang tak kenal lagi bagaimana rupa air kathira. Bolehlah rujuk N3 lama ita berkenaan air Kathira Abu Bakar yang cukup popular dan sinonim dengan rakyat Johor terutamanya pada bulan Ramadhan. Jom baca di SINI
Lokasi masih sama cuma berpindah ke kedai sebelah aje dari tahun lepas. Kepada yang suka boleh lah ke sana.
Kita mulakan buka puasa kita , dengan manisan. Kata orang bagus mulakan berbuka puasa dengan manisan. Selain buah tamar, kita juga boleh makan manisan lain seperti kuih muih atau dessert.
Resepi kali ini agak unik, Bubur Cha Cha Laici.
Macam tak percaya aje.. sesuai ke??
Gandingan antara bubur cha cha dan laici???
Tak cuba tak tau.. bila dah cuba.. eeemmm laju.. aje..
Sedap pulak gabungan antara bubur cha cha dan laici ni.. sesuai pulak!
Bau harum laici, aroma santan dan daun pandan membangkitkan suatu kelainan..
Resepi ni ita ambil dari majalah RASA bulan Ogos. Banyak sebenarnya resepi yang menarik dalam majalah keluaran kali ni, yang paling teruja pastilah manisan dan dessert. Rasa semua nak dicuba!
Resepi hasil ilham daripada Chef Nor Maiza Ladin dan Chef Norhasniza Jaafar, Pensyarah Chef Kolej Hospitaliti Yayasan Felda Mempaga, Bentong, Pahang.
emmm... padanlah sedap! resepi dari Chef rupanya..
Jom kita intai-intai resepi yang unik dan menarik ni..
BUBUR CHA CHA LAICI
By : Chef Nor Maiza Ladin dan Chef Norhasniza Jaafar
Rujukan : RASA Ogos 2012
100 gm cha cha
100 gm laici dalam tin
50 gm gula Melaka
25 gm gula pasir
350 ml santan
50 ml air laici
1 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa
Rebus cha cha bersama air hingga sedikit lembut
Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula pasir, gula Melaka, dan garam
Kacau sentiasa sehingga gula larut, pastikan menggunakan api sederhana.
Seterusnya masukkan laici dan air laici
Kacau dan biarkan mendidih seketika
Akhir sekali, tutupkan api dan sedia dihidangkan samaada ketika panas atau dingin.
Sekarang kita beralih pula pada resepi yang ke dua.
Uniknya Malaysia kerana kita mempunyai pelbagai makanan. Dengan pelbagai rupa, jenis, warna, dan yang paling menarik mempunyai pelbagai nama yang pelik-pelik!
Sampai anak-anak pun berbunyi, dah macam macam masuk dalam berut ni.. dengan pakunya.. dengan batunya.. parang, duri, kayu, juga mata lembu, mata kerbau.. dan macam-macam lagi dan termasuklah yang cukup popular iaitu jala hihi
Waa.. hebatkan orang kita.. macam-macam kita makan..
Yang menariknya hidangan sebegini semakin popular dan dinanti-nantikan terutamanya pada bulan puasa.
Dan semalam ita sediakan roti jala yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia. Bukan orang Melayu aje yang suka malahan turut di minati oleh bangsa lain juga.
Roti jala bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan turut mendapat tempat di negara-negara Asia yang lain.
Jika dahulu roti jala dikirai menggunakan tin kosong yang ditebuk-tebuk untuk membuat lubang bagi mengalirkan tepung ke atas kuali leper, kini dengan zaman yang serba cangih kejadian roti jala ini menjadi semakin menarik dengan penggunaan botol khas yang bermuncung tiga.
Di Johor, selain namanya roti jala, ia ada satu nama glamour lagi iaitu, roti kirai yang merujuk pada kuih yang sama. Ia biasanya dimakan bersama kuah kari tak kiralah kari ayam atau kari daging dan ada juga yang lebih suka menikmatinya bersama sambal tumis. Di pantai timur dan sebelah utara kebanyakkan mereka lebih suka menikmati roti jala bersama kuah manis atau serawa.
Kenapa ianya di panggil roti jala?? kerana rupanya seakan jala untuk menangkap ikan.
Untuk resepi kali ini ita menggunakan resepi daripada Lynn yang dikirimkan ke My resepi. Terima kasih kepada pengirim, kerana sudi kongsikan kepada kita resepi roti jala yang , sangat lembut, sedap dan tahan lama.
Jom kita masuk dapur, kita intai-intai resepi dari lynn dan cara penyediaannya.
ROTI JALA
By: Lynn
Rujukan : My Resepi
Bahan-bahan ~ Anggaran 10-15 orang.
450g tepung gandum1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur ~ di pukul sedikit
450 ml air ~ sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala
minyak untuk melenser
acuan roti jala
Cara-cara
Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.Buatkan lubang di tengahnya.
Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis dengan penapis halus.
Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.
Adunan mungkin agak banyak, jadi kepada keluarga yang tak ramai boleh rujuk resepi di bawah dari saudara Adnan Ibrahim. Resepi lebih kurang sama tapi dalam kuantiti yang sesuai untk keluarga yang tak ramai.
ROTI JALA
By : Adnan Ibrahim
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar ~ optional, kalau tak nak susu, letak air
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air atau minyak zaitun
Secubit garam
Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah.
Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi.
Ketepikan 10 minit.
Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci.
Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat
Kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung.
Kemaskan dan alih dalam pinggan.
Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap.
Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.
* Acuan popia ni ita beli di Daiso kat KL
Ita ada perasan ada org jual kat FB tapi masih tak dapat lagi tau siapa..
Kepada sesiapa yang jual boleh tinggalkan link utk ita masukkan dalam ni, supaya bila ada kawan-kawan yang berkenan boleh dapatkan..
Kepada sesiapa yang ingin dapatkan acuan roti jala boleh hubungi kak Jee di SINI
Mudah aje kan cara membuatnya. Ita guna dua warna yang berlainan, satu kuning dan satu oren.
Roti jala ni ita makan bersama kuah kari bebola daging. Sebenarnya ia resepi kari daging, tapi ita gunakan bebola daging.
Resepi juga kiriman dari penyumbang yang sama iaitu Lynn. Juga ita dapatkan dari My Resepi. Sememangnya ia kuah kari yang sangat sesuai di makan bersama roti jala. Rasa-rasa lynn ni orang Johor ke?? sebab kuah kari ni memang kuah kari yang biasa disediakan untuk makan bersama roti jala.. sedap! kuah yang tidak terlalu pekat dan ringan.
KUAH KARI BEBOLA DAGING
By: Lynn
Rujukan : My Resepi
1 ½ kg daging
125 ml minyak
5 labu bawang ~ di cincang halus
12 ulas bawang putih ~ di cincang halus
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging ~ di campur dgn 125 ml air ( jadikan pes )
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ~ di kupas dan di hiris kasar
125 ml minyak
5 labu bawang ~ di cincang halus
12 ulas bawang putih ~ di cincang halus
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging ~ di campur dgn 125 ml air ( jadikan pes )
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ~ di kupas dan di hiris kasar
garam secukupnya
Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.
Resepi agak banyak, jadi kena pandai-pandai kurangkan bahan untuk memasak bagi keperluan keluarga.
SELAMAT BERPUASA












